Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam perkenalan semua. Syukur saya kerana berpeluang untuk mewujudkan blog ini. Adalah menjadi tujuan saya mewujudkan blog ini untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang segala yang berkaitan dengan bank-bank di Malaysia. Ini termasuklah perkhidmatan dan servis yang ditawarkan, prosedur permohonan satu-satu pinjaman atau pembiayaan dan undang-undang dan akta berkaitan bank serta hak-hak kita sebagai pelanggan.
Di sini saya akan lebih membincangkan hal pinjaman semula kenderaan dan pinjaman peribadi (kerana itulah skop yang saya mempunyai paling banyak pengalaman…) namun, selain dari itu apa-apa maklumat yang berkaitan dengan bank sama ada tentang akaun simpanan dan pelaburan tidak kira yang berjangka pendek atau jangka panjang, lain-lain pinjaman seperti perumahan dan perniagaan, kad kredit atau apa sahaja sekalipun akan dikongsi bersama untuk panduan dan pengetahuan kita bersama.
Jika ada pertanyaan, kegusaran atau ketidakpastian tentang apa-apa yang berkaitan bank, pinjaman dan pembiayaan pun boleh diutarakan bersama di sini.
Rasanya cukup dulu sampai di sini untuk pembuka bicara. Kita akan terus mula membincangkan hal-hal berkaitan bank pada ‘post’ saya yang akan datang.
Wassalam
Siapa di sebalik RMsatu.com?
Kami adalah sekumpulan pekerja di sektor perbankan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang. Kemahiran kami adalah dalam bentuk konsultansi dan memberikan pandangan peribadi tentang masalah pinjaman anda.
Kami boleh dihubungi bila-bila masa dengan merujuk kepada capaian Hubungi Kami seperti di bawah;
Permasalahan anda adalah keutamaan kami.