RMsatu.com

Duit tinggal RM1? Jangan risau, kami sedia membantu.



RMsatu.com header image 2

Pelaburan Unit Amanah..

December 23rd, 2007 · No Comments

Dalam saat2 akhir tahun 2007 dan di ambang melewati tahun 2008 ini terdengar2 ada yang mengatakan bahawa bermula Januari 2008, kerajaan akan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian simpanan dari akaun 1 untuk dilaburkan ke dalam Unit Amanah. Ini adalah berita yang benar2 menggembirakan hampir semua pencarum kerana ini bermakna kita semua berpeluang untuk menggandakan wang untuk kegunaan hari tua kelak. Jika hanya diharapkan pada dividen tahunan yang diberikan oleh KWSP sendiri manakan cukup untuk diguna pada 20-30 tahun akan datang.

Mengapa saya mengatakan demikian? Saya berfikiran begitu kerana mungkin pada hari ini RM100,000 sudah dianggap cukup banyak. Dengannya kita boleh memulakan perniagaan atau membina sebuah rumah dua tingkat atau digunakan untuk menampung pembiayaan persekolahan anak sehingga ke peringkat ‘Master’ dan juga cukup untuk membeli sebuah kereta yang boleh dianggap mewah. Tetapi itu hari ini. Bagaimanakah dengan hari esok? Di manakah tahap keadaan inflasi di negara kita 20 atau 30 tahun akan datang? Jika inflasi berada di tahap tinggi cukupkah RM100k dari EPF kita untuk digunakan pada hari itu? Ataupun dengan wang yang sebegitu banyak pada pandangan kita pada hari ini hanya mampu untuk kita gunakan bagi membeli sebuah rumah flat kos rendah 2 bilik pada masa akan datang?

Di sinilah ‘point’ saya yang mengatakan bahawa melaburkan wang simpanan dari akaun 1 KWSP kita adalah sesuatu yang perlu. Ia bukan sahaja dapat memberikan pulangan yang berganda malah dapat mewujudkan masyarakat yang ‘celik ekonomi’ yang tidak hanya bertepuk tangan tatkala dividen KWSP diumumkan tetapi lebih dari itu menjadikan masyarakat peka pada pertumbuhan ekonomi di sekeliling kita.

Cukup setakat ini. Insyaallah saya akan berkongsi maklumat pada masa akan datang dan diharapkan saya memperoleh data dan angka yang konkrit untuk kita buat perbandingan antara dividen KWSP yang diberikan sehingga 5 tahun terdahulu dengan apa yang boleh kita perolehi daripada pelaburan ke dalam Unit Amanah.

Sekian.

Tags: Unit Trust · Amanah Saham · Pelaburan · Berita

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment