RMsatu.com

Duit tinggal RM1? Jangan risau, kami sedia membantu.



RMsatu.com header image 2

Terima Kasih kerana Mempercayai RMsatu.com

September 28th, 2007 · No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pengunjung setia lamanRMsatu.com. Kami meminta maaf banyak2 kerana lama tidak menghantar post2 baru. Bukan maksud kami ingin menyepi diri tetapi kami dalam usaha untuk meluaskan bidang pengetahuan, maklumat serta khidmat nasihat dan servis kami dalam pelbagai aspek kewangan. Sungguh pun demikian kami tetap meluangkan masa untuk membalas pertanyaan para pengunjung RMsatu.com sama ada melalui email, sms atau yang terus menelefon kepada kami. Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada semua kerana tetap memberi sokongan kepada kami.

Bagi yang telah membuat permohonan sama ada pinjaman peribadi bagi kakitangan swasta dan kerajaan juga untuk yang membuat pinjaman semula kenderaan, kami ucapkan terima kasih kerana mempercayai kami dan bagi mereka yang telah berjaya kami turut bersyukur kerana matlamat kami untuk bantu-membantu sesama kita tercapai jua. Bagi yang tidak berjaya kami memohon maaf kerana kami telah usahakan mana yang termampu. Bukan bidang kuasa kami untuk meluluskan sesuatu pinjaman yang encik/cik pohon. Semuanya bergantung kepada budi bicara bank yang memberi kemudahan tersebut.

Di sini suka kami nyatakan bahawa berkat sokongan semua dan usaha berterusan kami dalam meluaskan aspek servis yang ditawarkan kini kami diberi kepercayaan untuk menawarkan lebih peluang kepada pengunjung RMsatu.com. Selain membantu dalam permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman semula kenderaan, kami kini boleh membantu semua dalam memohon kad kedit, pinjaman MARA untuk perniagaanan termasuk membuat kertas kerja perancangan perniagaan, pembelian laptop dan komputer secara ansuran, pinjaman rumah/pinjaman semula rumah, penulisan wasiat, permohonan biasiswa Baitulmal dan lain-lain. Insya Allah kami akan memberi maklumat terperinci untuk setiap satu urusan tersebut sebaik sahaja kami memperolehi maklumat lengkap.

Terima kasih sekali lagi kerana setia bersama RMsatu.com dan untuk semua yang beragama Islam,  selamat menjalani ibadah puasa..Semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini..Wassalam.

Tags: Berita

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment