Untuk Kakitangan Swasta dan Pemilik Perniagaan
Kelebihan Pinjaman Peribadi Ini :
-
Tempoh pembayaran ansuran LEBIH LAMA sehingga 5 Tahun.
-
Pembiayaan Maksimum Sehingga RM150,000.00
-
Tanpa Penjamin.
-
Dokumentasi MINIMUM.
-
TIADA PENALTI untuk bayaran lewat atau penjelasan awal.
-
Jadual ansuran dan kadar keuntungan tetap RENDAH.
-
TIADA bayaran tambahan.
-
Pra Lulus KAD CAJ VISA.
-
Mematuhi prinsip SYARIAH antarabangsa.
Syarat Kelayakan :
- Terbuka kepada SEMUA individu berusia 21 tahun dan ke atas
- Pendapatan kasar minimum RM 1,500 sebulan
- Gaji dikreditkan ke akaun bank
- Kakitangan swasta layak memohon
- Juga terbuka kepada pemilik tunggal, pemilik perkongsian, pengarah syarikat sendirian berhad dan berhad.
Dokumentasi yang Diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis
- Salinan 3 bulan slip gaji terbaru yang disahkan majikan
- Salinan buku simpanan / penyata bank di mana gaji dikreditkan yang disahkan oleh pihak bank, atau
- Daftar niaga dan 6 bulan penyata bank yang disahkan
Atau Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis dan Salinan Kad Kredit sahaja.
93 responses so far ↓
1 nazira // Aug 29, 2007 at 1:06 pm
Ingin membuat pinjaman Peribadi. Bekerja swasta, Gaji pokok 2100 dan kasar 3000 per month. Nak tanya jumlah pinjaman yang boleh dapat.
2 noriani // Aug 29, 2007 at 4:06 pm
Saya telah diblakclist CCRIS and CTOS, bolehkah saya membuat pinjaman kereta atau peribadi untuk beli kereta ?
3 admin // Aug 31, 2007 at 11:26 am
Cik Nazira,
Untuk pekerja swasta, pinjaman peribadi yang diberikan ialah 5x gaji kasar. Untuk cik, pinjaman yang boleh diperolehi ialah RM15k. Namun sekiranya cik mempunyai kad kredit dan jumlah penggunaan tidak melebihi 75% dari had yang diberikan, pinjaman maksimum sehingga RM20k boleh dipertimbangkan pihak bank.
Cik Noraini,
Pinjaman peribadi untuk mereka yang telah disenarai hitamkan hanya terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja.
Harap maklum.
4 Diddy // Sep 3, 2007 at 10:10 am
Saya ingin membuat pinjaman peribadi. Gaji saya ialah RM 1800. Berapakah pinjaman yang boleh diminta?
Bagaimanakah proses pinjaman dilakukan & Berapa lama pinjaman boleh dijelaskan?
5 Salina // Sep 3, 2007 at 4:09 pm
Saya bekerja swasta tetapi gaji kasar kurang drp RM1500, ada pertimbangan untuk buat pinjaman tak?
6 admin // Sep 4, 2007 at 7:31 am
Cik Salina,
Walaupun gaji kasar kurang dari RM1500 sebulan, kami akan tetap cuba untuk membantu namun kelulusan pihak bank bukanlah jaminan kami kerana kami di RMsatu.com hanya memberi pandangan berdasarkan pengalaman peribadi dan pengetahuan sepanjang berada di bidang perbankan dan kami bertindak sebagai pembuka jalan untuk perkara-perkara yang berkaitan pinjaman. Keputusan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara pihak bank tersebut. Untuk mereka yang bergaji kasar kurang RM1500 masih boleh dipertimbangkan kerana kami berhubung bukan hanya dengan satu syarikat kewangan berlesen malah lebih dari itu.
7 admin // Sep 4, 2007 at 7:43 am
En. Diddy,
Sekiranya encik seorang kakitangan kerajaan, encik boleh memohon sehingga 30x gaji kasar. Namun jika encik seorang kakitangan swasta, ianya hanya 5x gaji kasar. Namun sekiranya encik mempunyai kad kredit yang melebihi 1 tahun, pinjaman encik boleh sehingga rm20k bergantung kepada ‘limit’ dan ‘outstanding’ kad kredit tersebut.
Permohonan pinjaman peribadi akan disalurkan kepada pihak bank berlesen yang bersesuaian berdasarkan dokumen pendapatan encik. Pada kebiasaannya pelanggan akan menyediakan dokumen yang diminta pihak bank dalam satu-satu permohonan, yang mana sehingga menyebabkan sesetengah pelanggan membuat penipuan atau pemalsuan apabila dokumen diminta pihak bank tidak dimilikinya tetapi di RMsatu.com kami menilai dokumen atau bukti pendapatan yang pelanggan miliki untuk disesuaikan dengan bank yang memberi pinjaman. Sebab itulah kami tidak boleh hanya mendapat sokongan satu atau dua bank sahaja tetapi lebih dari itu.
Tempoh masa pinjaman adalah bergantung kepada pihak bank di mana pinjaman anda disalurkan kelak kerana setiap bank mempunyai ‘turn around time’ yang berbeza-beza.
8 rashidi // Sep 6, 2007 at 12:29 pm
Saya bekerja swasta tetapi gaji kasar RM2800, nama saya black list dan saya nak buat pinjaman boleh encik ?
9 admin // Sep 9, 2007 at 4:51 pm
Encik Rashidi,
Kami meminta maaf kerana buat masa ini pinjaman peribadi bagi yang telah disenarai hitamkan hanya terbuka untuk kakitangan swasta dan badan berkanun sahaja.
Terima kasih.
10 zura // Sep 12, 2007 at 10:43 am
Saya bekerja swasta dan ingin memohon pinjaman peribadi. Gaji RM1,885 tapi saya blacklist. Berapakah jumlah pinjaman yg saya boleh dpt dan berapa lama proses yg diambil. boleh bgtau sy secept yg mungkin.
Terima Kasih
11 Azman // Sep 12, 2007 at 12:48 pm
Saya kerja tentera gaji kasar 8K++ dan bersih 4K++. Boleh apply tak (Nama blacklist- tujuan pinjaman utk clear nama @ investment)
12 admin // Sep 16, 2007 at 9:47 pm
Cik Zura,
Pinjaman peribadi untuk mereka yang telah disenarai hitamkan hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja. Kakitangan swasta masih belum boleh memohon.
En. Azman,
Buat masa ini pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan tidak termasuk tentera. Bagi pegawai polis juga hanya sebahagian bank dan koperasi yang membenarkan. Hal ini demikian kerana tugas tentera dan polis yang tidak selalunya tetap di suatu tempat kerana tanggungjawab memerlukan mereka ini sering bertukar lokasi tempat bertugas.
13 Ila // Sep 17, 2007 at 10:35 am
Saya bekerja swasta, gaji kasar RM2450. Brapa jumlah pinjaman yg saya layak and interest yg dikenakan? Saya pernah memohon dibank tetapi direject atas sbb high commitment tapi saya takda blacklist. Bolehkah saya memohon and bagaimana proses permohonan dilakukan?
14 pet // Sep 18, 2007 at 11:53 am
hi…
gaji kasar saya 3166 campur petrol 60….tapi komitment saya tinggi…lebih 70% dari gaji…..
boleh apply dan confirm dapat ke?
15 admin // Sep 18, 2007 at 8:13 pm
Cik Ila,
Cik telah menghantar email kepada kami bertanyakan secara terperinci. Kami telah membalasnya. Sila rujuk email Cik Ila.
Pet,
Loan memang boleh aply tetapi kelulusan adalah bergantung kepada pihak bank yang biasanya akan menyemak jumlah commitment cik berbanding jumlah pendapatan bulanan. Sesetengah bank terus menolak pinjaman sekiranya jumlah commitment melebihi 60% drp jumlah pendapatan namun sesetengah bank pula masih menerima jika rekod bayaran lain2 pinjaman adalah memuaskan walaupun ‘high commitment’.
16 Aida // Sep 19, 2007 at 5:22 pm
Kes saya sama dengan cik Salina, Saya bekerja swasta tetapi gaji kasar kurang drp RM1500, Bagaimana untuk saya apply loan.
17 admin // Sep 19, 2007 at 11:46 pm
Cik Aida,
Sila rujuk email anda. Terima kasih.
18 Intan // Sep 20, 2007 at 2:00 pm
Saya ingin bertanya mengenai pinjaman kereta, saya bekerja dengan sebuah bisnes kecil milik keluarga dengan pendapatan bulanan RM1500. Namun saya tidak mempunyai slip gaji dan KWSP cuma penyata bank sahaja. Adakah dalam situasi saya ini layak untuk memohon pinjaman untuk sebuah kereta. Terima Kasih
19 Siti // Sep 25, 2007 at 12:06 pm
Nak tumpang tanya..berapa lama masa diambil utk proses personal loan? Dan bole tau list bank mana yang you all apply kan? Bole dptkan jadual bayaran ansuran bulanan?
20 m khairi // Sep 27, 2007 at 10:09 am
tuan nama saya telah di gunakan sebagai gurantor membeli kerete,masalahnya saya tidak mengenali orang yang membuat pinjaman tu dan alamat surat menyurat saya telah di tukarkan kepada alamat peminjam dan saya tak pernah mendapat surat legalpun.Bila saya membuat apply loan reject kerana black list..Di mana perlu saya membuat semakan nama saya ni
21 admin // Sep 28, 2007 at 10:31 pm
Cik Intan,
Bagi pinjaman kereta, pertimbangan pihak bank adalah berbeza2 mengikut situasi dan dokumen yang dimiliki pemohon. Dalam kes cik, penyata bank boleh dijadikan bukti pendapatan. Untuk menyokong permohonan cik kami cadangkan cik membuat salinan pendaftaran perniagaan milik keluarga cik sebagai bukti kewujudan bisnes tersebut. Mengikut pengalaman kami, cik boleh cuba memohon di cawangan AMBank berdekatan kerana ia lebih mudah dibawa berbincang namun bergantung kepada budi bicara mereka.
Cik Siti,
Untuk personal loan kakitangan swasta, tempoh pemprosesan, kelulusan dan pengeluaran wang adalah dalam lingkungan 1-3 minggu bergantung kepada bank. Jika ingin menyenaraikan semuanya, terlalu banyak dan cik boleh pergi ke setiap bank untuk meminta ‘pamplet’nya. Di RMsatu, kami mencadangkan bank berdekatan cik yang boleh dituju berdasarkan dokumen yang cik ada. Jika berminat, sila hantarkan butiran cik ke email kami di info@rmsatu.com
En. Khairi,
Dalam kes ini, jelas menunjukkan nama encik telah disalah gunakan oleh pihak ketiga untuk membuat pinjaman dengan meletakkan nama encik sebagai penjamin. Apa yang jelas di sini ialah bukan encik yang menandatangani surat perjanjian pinjaman sebagai penjamin tetapi orang lain yang menggunakan dokumen encik dan memalsukan tandatangan encik. Nasihat kami di sini ialah encik pergi ke bank di mana encik dikatakan sebagai penjamin itu dan minta mereka tunjukkan surat perjanjian yang mempunyai tandatangan encik sebagai penjamin tersebut. Jika sah tandatangan itu bukan milik encik, tanyakan pada pihak bank apakah ada cara penyelesaian untuk mengeluarkan nama encik sebagai penjamin. Jika bank tidak memberikan cara, encik boleh membuat laporan polis seterusnya laporankan kepada Bank Negara untuk meminta siasatan dilakukan bagi mempastikan siapakah dalang disebalik pinjaman tersebut dan siapakah yang menjadi saksi encik menandatangani surat perjanjian tersebut. Encik tidak perlu takut jika memang bukan encik yang memberi kebenaran menggunakan dokumen sebagai penjamin, bukan encik yang menandatangani surat perjanjian tersebut, apatah lagi encik langsung tidak mengenali si peminjam tersebut.
22 zana // Oct 1, 2007 at 11:14 pm
ingin membuat personal loan.memandangkan gaji pokok rm1200 dan gaji kasar kurang rm1500,sukar untuk sy membuat pinjaman rm50k.bagaimana cara untuk sy mendapatkan personal loan dengan anggaran tersebut dalam tmpoh yg singkat.
23 ali // Oct 3, 2007 at 5:23 am
saya bekerja dngan syarikat separuh kerajaan separuh swasta. gaji pokok rm1000++. pendapatan sebulan rm35oo++. nama saya black list. layak tak apply pinjaman?
24 ZUL // Oct 4, 2007 at 12:11 pm
saya pekerja kilang basic rm1200 kalo kasar dpt dlm rm1600 nak wat pinjaman peribadi Rm15k@20k boleh tk???kadar bayaran balik mcm mane pulak
25 Sam // Oct 5, 2007 at 10:59 am
Salam sejahtera,
Saya seorang pekerja swasta bergaji kasar rm1675 sebulan. Tapi diblacklist oleh CTOS.
Adakah saya masih mempunyai peluang untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank seperti bank rakyat?. Atau saya boleh membuat permohonan bersama (isteri) bagi mengukuhkankan permohonan?.
Jika saya mempunyai ‘blacklist’ CTOS, adakah saya masih boleh membuat trade-in kereta baig mengurangkan bebanan bulanan atau pun boleh melakukan refinancing?.
Ataupun juga isteri saya yang bergaji rm1200 boleh membuat pinjaman dengan mana mana bank dengan kadar yang lebih adil?
26 ahmad faizal // Oct 5, 2007 at 2:49 pm
hy,
saya faizal ingi membuat pinjaman..gaji kasar lam rm2500..keje swasta
27 admin // Oct 5, 2007 at 10:50 pm
Cik Zana, Encik Ali dan Encik Zul,
Untuk pinjaman peribadi bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun, jumlah maksima pinjaman peribadi ialah sehingga 30x gaji dengan faedah 6.75% - 7.50% setahun selama sehingga 10 tahun. Potongan gaji adalah melalui Biro Angkasa. Blacklist boleh memohon.
Untuk pinjaman peribadi bagi kakitangan swasta, pinjaman maksimum ialah antara 3x hingga 7x gaji kasar sahaja bergantung kepada bank dengan kadar faedah antara 6.7% hingga 8.5% setahun dan pinjaman maksimum sehingga 5 tahun sahaja. Blacklist tidak layak memohon. Kebanyakan bank kini lebih memberikan kemudahan pinjaman peribadi kakitangan swasta kepada mereka yang bergaji pokok RM1500 dan ke atas. Walau bagaimanapun yang bergaji pokok kurang dari itu tetapi berpendapatan kasar RM2000 sebulan masih diberi kelonggaran.
Encik Sam,
Untuk kakitangan swasta yang blacklist, encik tidak layak memohon pinjaman walaupun membuat permohonan bersama isteri untuk mengukuhkan pinjaman. Encik boleh trade-in kereta untuk untuk mengurangakn bebanan bulanan tetapi tidak layak untuk membuat pinjaman semula (refinancing).
Encik Ahmad Faizal,
Sila rujuk email encik.
Terima kasih.
28 md ismail hassan // Oct 16, 2007 at 1:29 am
saya berniaga sendiri memerlukan modal pusingan,kedai handphone, tapi nama saya blacklist,blh kah saya memohon pinjaman utk urusan perniagaan,kalau boleh saya bercadang memohon pinjaman rm 10.000ribu ringgit,klu blh tlg hubungi saya secepat mungkin hp :0172569124.terima kasih
29 MASZUIN // Oct 16, 2007 at 12:18 pm
cik,saya betol2 nak buat pinjaman peribadi. saya kerja gaji rm1200 dan lebih skit2 la. saya kerja di bawah Sime Darby group, sbgai chef. pinjaman cuma rm10k sahaja, tak banyak. agaknya dapat tak lulus loan saya. berharap sangat.
30 admin // Oct 17, 2007 at 7:11 pm
Cik Maszuin,
Sila rujuk email cik untuk dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman peribadi.
31 admin // Oct 17, 2007 at 7:23 pm
En. Ismail,
Kami di RMsatu.com meminta maaf kerana buat masa ini pinjaman kepada kakitangan swasta atau mereka yang bekerja sendiri yang telah disenarai hitamkan tidak dapat kami bantu.
32 Abdul Malek // Oct 18, 2007 at 3:24 pm
Assalammualaikum..
Saya menjalankan pernigaan dan mempunyai syarikat pemilikan tunggal. Pernigaan ini baru bermula dalam bulan Jun 2007. Bank statemnt baru jer ada 4 bulan. Boleh ke dipertimbangkan jika ingin membuat pinjaman?
33 admin // Oct 18, 2007 at 7:07 pm
Wa’alaikumussalam Encik Malek,
Pinjaman peribadi untuk pemilik tunggal mempunyai syarat kelayakan seperti pendaftaran perniagaan mestilah melebihi 2 tahun dengan menyertakan bank statement untuk 6 bulan terkini. Ini adalah kehendak kebanyakan bank untuk mempastikan perniagaan pemohon adalah kukuh dan berterusan.
34 ben // Oct 19, 2007 at 9:30 pm
saya anggota tentera laut.camana caranya saya nak buat permohonan pinjaman perumahan? saya perlukan data-data mengenai rumah? adakah pihak bank boleh membantu kerana saya jauh dari tempat kerja dan rumah yang hendak dibeli. saya di Labuan sedangkan tempat rumah yang hendak dibeli di kawasan Sibu dan Bintangor, SARAWAK
35 Rin // Oct 26, 2007 at 3:44 pm
Assalamualaikum…
saya kakitangan kerajaan berpendapatan rm2400. Tapi baki gaji adalah kurang dari 60%. Layakkah saya meminjam
36 zaa // Nov 12, 2007 at 1:13 pm
saya bekerja sebagai pembantu tadbir rendah (sambilan) di pejabat FAMA.saya nak buat pinjaman peribadi x banyak dalam rm5,000.00 hingga rm10,000.00…leh x?
37 Faizal // Nov 23, 2007 at 3:07 pm
saya nak buat pinjaman peribadi utk selesaikan hutang supaya nama saya dikeluarkan dari senaraihitam. Apakah langkah seterusnya, saya rancang pinjaman peribadi sebanyak RM15K. Bank mana yg menawarkan kadar faedah yang rendah?saya adalah kakitangan kerajaan.
38 admin // Nov 24, 2007 at 12:22 pm
Ben, Rin, Zaa dan Encik Faizal,
Anda boleh terus telefon kepada En. Jeli di talian 019-7848015 untuk penjelasan lanjut.
39 shamie // Nov 26, 2007 at 9:07 pm
Saya nak tanya, saya ada rekod CCRIS yang kurang memuaskan, iaitu pembayaran kad kredit, pinjaman permuahan yang tidak teruatur. tapi mengikut bank, saya tiada black list. adakah masih ada ruang untuk saya membuat pinjaman di mana-mana bank atau institusi kewangan? saya adalah peniaga.
40 faizal // Dec 1, 2007 at 1:32 am
saya ingin membuat pinjaman sebanyak rm15k kerana nak kawin. gaji kasar saya rm 1300 bakal isteri saya pun bekerja. tapi saya takde potongan kwsp. gaji company bayar cash. takde statement bank. boleh ke saya membuat pinjaman?
41 admin // Dec 4, 2007 at 10:22 pm
Cik Shamie,
Dengan bayaran yang tidak berapa baik, nama cik mmg tidak disenarai hitamkan selagi ada bayaran dibuat. Namun laporan CCRIS cik akan menunjukkan rekod dan corak bayaran bulanan yang cik buat kepada bank yang mana sekiranya ada pernah tertangguh sehingga 2 bulan atau 3 bulan maka cik akan dikategorikan sebagai ’slow paymaster’ yang mana akan menyukarkan cik untuk memohon pinjaman lain. Namun setiap bank mempunyai definisinya yang tersendiri untuk ’slow paymaster’ bergantung kepada polisi bank tersebut.
Ini bermakna cik masih boleh memohon pinjaman namun mungkin akan diperketatkan sedikit syarat seperti ‘margin of finance’ yang lebih rendah atau ‘tenor’ yang lebih pendek.
Encik Faizal,
Biasanya bank pemberi pinjaman akan meminta ’secondary income proof’ selain slip gaji untuk permohonan pembiayaan peribadi seperti ‘bank statement’ yang membuktikan gaji ada dikreditkan ke bank atau penyata KWSP bagi membuktikan jumlah bayaran KWSP yang betul ditolak dari jumlah gaji yang dinyatakan di dalam slip gaji. Jika tidak ada ’secondary income proof’ ini bermakna peluang untuk cik mendapatkan pinjaman peribadi amatlah tipis.
42 azmi... // Dec 17, 2007 at 6:51 pm
assalamualaikum….
saya ingin membuat pinjaman utk beli rumah..gaji saya RM 35000.00 tapi saya tak ada pay slip,dan epf slip..saya cuma ada penyata daripada bank yang mana mengesahkan gaji saya masuk melalui bank..so boleh kah saya buat pinjaman untuk rumah..
terima kasih..
43 Ikram // Dec 19, 2007 at 12:09 am
Saya telah menjalan kan peniagaan dekat 2 tahun,saya mahu mengembangkan perniagaan saya, blh bantu saya dimana boleh saya rujuk untuk mendapatkan pinjaman peribadi/perniagaan
44 admin // Dec 23, 2007 at 3:49 pm
En. Azmi,
Kebiasaannya pihak bank akan meminta pengesahan yang menunjukkan encik bekerja di sesuatu syarikat itu dan memperoleh gaji bulanan yang dikreditkan ke akaun bank encik tersebut.
Encik boleh meminta majikan encik mengeluarkan surat pengesahan yang menyatakan bahawa encik bekerja dengaannya. Surat tersebut boleh dijadikan rujukan oleh pihak bank dalam membuat pertimbangan. Namun harus diingatkan bahawa kelulusan pinjaman rumah itu bergantung kepada polisi bank tersebut dan tiada jaminan pinjaman encik akan diluluskan kerana dokumen standard (IC, Slip Gaji dan EA @ EPF ) tidak encik miliki.
Encik Ikram,
Kebiasaannya kini bank2 hanya memberi pinjaman kepada perniagaan yang sudah berdaftar minimum 2 tahun tepat atau lebih sahaja dengan purata jumlah kredit untuk akaun semasa syarikat bagi 6 bulan terakhir ini melebihi RM10,000.00
45 Ikram // Dec 24, 2007 at 4:34 pm
askum.merujuk kepada pertanyaan saya pada 19/12/07,untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan saya telah membuka kedai Pakaian , company saya mula beroperasi bermula Dec 2005, ini bermakna dlm beberapa hari sahaja tempoh operasi company saya akan 2 tahun.Setakat ini akaun Company saya telah melebihi kredit yang pihak Tuan telah nyatakan, diharap dengan maklumat yang telah saya nyatakan dapat memudahkan pihak Tuan membantu saya agar tempat yang saya ingin berurusan bersesuaian. Jika terdapt senarai Institusi yang boleh saya berhubung,saya berminat mengetahui kadar interest yang lebih rendah,tq
46 asma // Dec 27, 2007 at 10:34 am
saya nak refinance rumah gaji saya rm3000,tapi saya ada ccris boleh ker?
47 aminolfarsa // Jan 2, 2008 at 2:26 pm
sy ingin membuat pinjaman sebanyak 10k-15k. gaji sy 2.3k. boleh bantu
48 admin // Jan 5, 2008 at 2:56 pm
Cik Aminolfarsa,
Sila rujuk email untuk dokumen yang diperlukan.
49 admin // Jan 5, 2008 at 3:02 pm
Cik Asma,
Minta maaf.Jika nama cik bermasalah CCRIS kebanyakkan bank tidak akan meluluskan permohonan untuk refinance rumah.
50 admin // Jan 5, 2008 at 3:04 pm
Encik Ikram,
Kadar interest adalah dalam lingkungan 8.5% setahun. Sila rujuk email encik untuk dokumen yang diperlukan. Terima kasih.
51 lindungan_bulan // Jan 5, 2008 at 3:15 pm
gaji saya cuma rm1150….sudah mempunyai loan kereta dan personal loan….adakah saya masih layak utk membuat personal loan lagi utk membayar hutang?
52 Norkhana // Jan 14, 2008 at 12:37 pm
Nak tahu, masih uruskan pinjaman peribadi ?
Saya kerja kerajaan, nak buat pinjaman, tapi xmahu buat bayaran melaui potongan gaji. Bayar di kaunter.
Dah apply tapi reject.
Dulu ada rekod CTOS tapi dah clear semua.Ada surat settlement. Mungkin ada CCRIS, Court Mammoth..
Nak tanya boleh tolong?
53 sha // Jan 15, 2008 at 6:32 pm
saya tidak berkerja. 6 bulan yang lalu saya telah menjalankan satu perniagaan berbentuk telekomunikasi di kawasan kampung. tetapi sekarang perniagaan saya itu terpaksa ditutup kerana kurang sambutan. sekarang ini, saya ingin meneruskan perniagaan saya di kepala batas dan memerlukan modal sebnyak 10k. adakah saya layak untuk meminjam? layak kah saya menerima pinjaman sekiranya saya sekadar menunjukan bank statement persendirian?
54 md amir muda // Jan 19, 2008 at 12:56 pm
Saya ingin memohon personal loan, sila berikan saya saya maklumat seperti di bawah :-
1. Loan melalui bank mana?
2. Saya telah mempunyai personal loan di bank yang telah diluluskan adakah layak memohon?
3. Gaji pokoK RM1,926.00 dan kasar RM2,600.00 berapakah kelayakan pinjaman yang layak dan bayaran bulanan ?
4. Pemohonan (isteri) untuk kakitangan kontrak di Sime Darby Bhd. adakah layak dengan gaji pokok RM900.00
HARAP MAKLUM
4.
55 admin // Jan 22, 2008 at 7:59 pm
Cik Lindungan Bulan,
Berdasarkan kiraan kasar kami cik tidak layak untuk membuat pinjaman peribadi lagi kerana komitmen cik melebihi 60% dari jumlah pendapatan bulanan cik.
56 admin // Jan 22, 2008 at 8:01 pm
Cik Norkhanna,
Sila hubungi Rezal di talian 019-7478762 untuk maklumat lanjut.
57 admin // Jan 22, 2008 at 8:04 pm
Cik Sha,
Pihak bank hanya memberikan pembiayaan kepada perniagaan yang masih beroperasi (biasanya melebihi 2 tahun) sahaja.
58 admin // Jan 22, 2008 at 8:09 pm
En. Amir,
1) Pinjaman melalui bank2 sah yang berdaftar di bawah BNM seperti HSBC, Citibank, Bank Islam, Hong Leong, RHB dan Al Rajhi Bank.
2) Bergantung kepada jumlah komitmen encik yang sedia ada pihak bank akan menentukan sama ada encik layak atau tidak memohon pinjaman peribadi. Jumlah maksimum pembiayaan juga akan ditetapkan oleh pihak bank.
3) Pembiayaan sehingga RM13k dan bayaran bulanan dalam lingkungan RM 310 sebulan.
4) Tidak layak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rezal di 019-7478762.
59 azef // Jan 28, 2008 at 1:40 pm
assalammualaikum
saya ingin bertanya,saya pernah membuat pinjaman bank 2 bulan lepas menggunakan ejen,saya juga dimaklumkan ejen tersebut bahawa loan saya telah diterima oleh pihak bank,masalah sekarang ejen tersebut sudah bertukar no hp dan tempat tinggal,dimanakah saya boleh membuat semakan utk mengetahui bahawa bank benar2 telah menerima permohonan saya?? terima kasih
60 mohd azizi bin ibrahim // Jan 28, 2008 at 7:26 pm
saya tenetra dan ingin membuat pinjaman, gaji saya campur elaun rm 3000
61 Cik Teringin // Feb 18, 2008 at 11:37 am
hai, saya pekerja swasta dan gaji kasar saya RM 1900.. tapi saya mempunyai masalah pembayaran kereta yang tertangguh 3 bulan. adakah saya layak memohon????
62 siti // Feb 18, 2008 at 5:16 pm
jika saya pernah menjamin seseorang.. kerana membeli kereta dan kini saya ada mendapat surat perintah untuk hadir ke mahkamah bulan depan.. adakah dikira nama saya telah blacklist? masihkah ada cara untuk saya selesaikan masalah saya seperti membuat pinjaman untuk menyelesaikan masalah tersebut..?
63 Nurul // Feb 21, 2008 at 3:29 pm
Akum..saye nak tanye.Saya nak wat pinjaman peribadi Rm 15K.Saya baru mula keje 2 bulan.Gaji saye RM2750.Tapi saya tiada EPF.Layak ke saye nak mohon?Bank mane patut saya cube dan saye tidak bole buat potongan gaji.Jadi layak kah saye memohon?
64 admin // Feb 21, 2008 at 11:04 pm
Cik Azef,
Masalah ini kerap berlaku dalam menggunakan agen untuk memohon pinjaman dengan pihak bank. Pelanggan seharusnya sedar bahawa mereka lebih mudah jika berurusan terus dengan pihak bank. Apa yang lebih menggusarkan lagi sekiranya deposit diberikan kepada agen untuk memohon pinjaman dan jika agen tidak jujur sebaik sahaja menerima deposit pelanggan agen terus menghilangkan diri. Inilah yang menjadi sebab mengapa kami mewujudkan Rmsatu.com. Sebagai penunjuk arah ke mana pelanggan boleh memohon pinjaman berdasarkan kelayakan diri tanpa meminta sebarang deposit.
Sekiranya benar pinjaman encik telah diluluskan oleh pihak bank encik boleh terus berhubung dengan pihak bank yang meluluskan pinjaman tersebut untuk mengesahkan. Tetapi melalui semakan bank negara tidak dapat dipastikan di mana pinjaman tersebut dibuat selagi amaun pinjaman tidak dikeluarkan (disbursed).
65 admin // Feb 21, 2008 at 11:09 pm
En. Mohd Azizi,
Untuk anggota tentera tidak banyak bank dan koperasi yang menawarkan pembiayaan peribadi kerana ‘nature’ anggota tentera yang sering bertukar tempat bertugas dan seringkali bertugas luar kawasan seperti masuk hutan dan lain-lain. Namun encik boleh cuba memohon dengan Affin Bank Berhad yang berdekatan kerana maklumat kami mengatakan bahawa di bank tersebut menyediakan pembiayaan mudah untuk anggota tentera. Sekiranya encik ingin bantuan kami, sila scan dan emailkan slip gaji terkini encik ke info@rmsatu.com (dan sertakan nombor telefon encik) untuk kami membantu membuat pengiraan dan seterusnya mencadangkan agar pegawai di bank tersebut agar menghubungi encik.
66 admin // Feb 21, 2008 at 11:11 pm
Cik Teringin,
Untuk kakitangan swasta yang memohon pembiayaan peribadi, kelulusan pinjaman adalah berdasarkan kepada rekod bayaran terdahulu untuk pinjaman2 yang lainnya. JIka kereta cik tertangguh sehingga 3 bulan maka peratusan untuk pembiayaan peribadi diberikan kepada cik adalah sangat rendah. Tetapi jika ingin mencuba, cik boleh hubungi En. Rezzal di talian 019-7478762.
67 admin // Feb 21, 2008 at 11:15 pm
Cik Siti,
JIka cik mendapat perintah mahkamah untuk menghadiri perbicaraan adalah dinasihatkan cik untuk menghadirinya kerana di hadapan hakim cik boleh menyatakan masalah yang dihadapi cik. JIka tidak pmenghadirinya cik boleh dikira sebagai mengingkari perintah mahkamah dan boleh dikenakan hukuman. Jika sudah menerima surat perintah mahkamah memang bermakna nama cik sudah disenarai hitamkan. Dan jika ingin menyelesaikannya cik boleh berbincang dengan pihak bank ataupun sekiranya cik adalah kakitangan kerajaan maka cik boleh memohon pembiayaan peribadi bagi mendapatkan ‘cash’ bagi menyelesaikannya. Tetapi cik akan kerugian kerana menyelesaikan hutang yang bukan dibuat oleh cik sendiri tetapi dalam masa yang sama dalam membersihkan nama dari senarai hitam.
68 admin // Feb 21, 2008 at 11:16 pm
Cik Nurul,
Kebiasaannya bank berkehendakkan pemohon pembiayaan peribadi mestilah bekerja melebihi 3 bulan kerana pekerja yang baru bekerja 2 bulan kebiasaannya belum lagi berstatus ‘tetap’.
69 ina // Mar 3, 2008 at 2:08 pm
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya
1. gaji RM 12oo.oo
2. Dah Buat loan dengan CIMB Bank & RHB Bank bayaran bulanan RM 306.00 untuk kedua-duanya.
3. Saya dah settle hutang blaclist suami tapi ada sikit lagi. Saya ingat nak buat pinjaman RM10,000.00 boleh settle hutang Suami dan selebihnya settle CIMB Bank.
4. Bayaran pinjaman bank semuanya ok, tidak pernah tertunggak.
5. Boleh bagi pendapat
70 zam // Mar 3, 2008 at 4:42 pm
saya nak tanya…sekiranya saya bekerja kerajaan dan telah ada potongan angkasa sebanyak 59%….seandainya ingin membuat loan lagi tetapi melalui potongan akaun gaji masuk…masih boleh ker? Banyak problem nak kena settle. Pastu saya ni dah black list. CAmne nak buat… harap pihak encik dapat tolong.
71 HaramulRiba // Mar 4, 2008 at 5:59 pm
Salam Sdr,
1. Ada tak skim pinjaman yang saudara uruskan tanpa riba’?
2. Saya ada tunai sebanyak RM15,000, tapi saya memerlukan lagi RM35,000 lagi untuk mulakan perniagaan. Bolehkah wang ini disandarkan pada bank?
3. Gaji saya RM5000 sebulan, tolak EPF dan SOCSO dalam RM4600. Kad Kredit memang saya tak pakai, loan rumah takde, kereta bawah nama bini. Berapa banyak maksimum yang saya boleh pinjam?
Terima Kasih.
72 muhammad // Mar 20, 2008 at 2:49 pm
Salam.., saya merupakan kakitangan syarikat GLC, gaji kasar sekitar RM3k sebulan… Saya adalah berstatus blacklist dan potongan gaji juga telah hampir 58% dimana saya tidak boleh membuat pinjaman lagi untuk dibuat pemotongan melalui gaji. Saya juga mempunyai pinjaman dengan syarikat pinjaman wang berlesen sebanyak rm10k dimana saya hanya membayar interest sahaja setiap bulan sebanyak rm700 (interest 7%). Saya memerlukan pinjaman lain untuk membayar semula pinjaman RM10k tersebut supaya saya tidak lagi terbeban membayar faedah setiap bulan. Saya juga bercadang mendapatkan pinjaman dari pihak bank2 tempatan tanpa potongan gaji dan boleh ‘tutup blacklist’..saya sedia berkongsi komisyen dari jumlah loan yang boleh diluluskan kepada saya. Sekiranya boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya, sila hubungi saya di no tel : 016-6772045 atau 014-6652075 (muhammad). Tq.
73 admin // Mar 22, 2008 at 4:04 pm
Cik Ina,
Kelayakan untuk memohon pembiayaan peribadi ini ialah gaji pokok minimum RM1500 sebulan. Untuk bergaji pokok
74 admin // Mar 22, 2008 at 4:23 pm
En. Zam,
Kami tidak menyediakan bantuan untuk permohonan pembiayaan bagi kakitangan kerajaan melalui potongan gaji masuk. Sekiranya potongan di slip gaji telah hampir 59% apa yang kami boleh nasihatkan disini ialah membuat ‘overlap’ untuk potongan lama dengan potongan baru ini. Kami bersedia membantu encik untuk membuat pengiraan dan membuat semakan di biro angkasa. Encik boleh faxkan payslip kepada nama saya, Rezzal, di 07-3540144 atau scan dan email ke info@rmsatu.com. Terima kasih.
75 admin // Mar 22, 2008 at 4:30 pm
Cik Haramul Riba,
1. Kami hanya menguruskan pembiayaan tanpa riba kerana setiap pembiayaan yang diluluskan, amaun pembiayaan akan digunakan untuk membeli komoditi pada harga borong (biasanya barangan harian seperti bawang besar, sardin, susu pekat,ikan bilis,dll) atas nama pemohon. Komoditi ini akan diniagakan kepada pembeli yang lain pada harga pasaran. Keuntungan yang diperolehi adalah atas urusniaga jual beli ini dan bukannya terus dari pembiayaan yang sekira dilakukan ia adalah terang-terangan riba yang diharamkan. Semasa cik menandatangani surat perjanjian, cik akan bercakap terus dengan pemborong barangan harian tersebut.
2. Urusan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin ataupun cagaran (collateral).
3. Pembiayaan adalah sehingga 5x gaji kasar bermakna cik layak untuk pembiayaan sehingga RM25,000
76 admin // Mar 22, 2008 at 4:31 pm
En. Muhammad,
Kami akan terus hubungi encik melalui nombor telefon yang encik berikan untuk memberi penerangan.
Terima kasih.
77 sham // Mar 23, 2008 at 11:57 am
Ni kat johor je ke?
78 nene // Mar 28, 2008 at 4:33 pm
Saya kakitangan kerajaan swasta, gaji pokok adalah RM 22oo & telah bekerja selama 2 1/2 tahun.
Saya telah memohon pinjaman kereta & diluluskan. Deposit kereta yang diperlukan adalah RM 5000.
Masalah sy perlukan lagi RM2500 untuk mencukupkan syarat deposit tersebut. Bolehkan pinjaman dibuat sebanyak RM 2500 shj? Pls advise.
79 nene // Mar 28, 2008 at 4:37 pm
tambahan…
saya cuma ada pinjaman ptptn yang perlu dibyr & bersih dr senarai blacklist applicant.
80 admin // Mar 30, 2008 at 9:29 am
En. Shamn
Kami menguruskan dari Johor Bahru. Namun tidak kira pemohon berada di mana Insyaallah kami cuba membantu. Bagi mereka yang berminat ingin membuat permohonan kami tetap membantu dengan tanpa pemohon perlu datang ke Johor. Jika sekiranya permohonan pembiayaan/pinjaman diluluskan pemohon hanya perlu pergi ke cawangan bank yang meluluskan pembiayaan/pinjamanyang terdekat dengannya. Tidak perlu sampai ke JB. Ini dapat memudahkan pemohon.
81 admin // Mar 30, 2008 at 9:32 am
Cik Nene,
Maaf, kami kurang faham maksud ‘kakitangan kerajaan swasta’ kerana mengikut apa yang kami faham kakitangan kerajaan dan swasta adalah 2 kategori yang berasingan. Jika anda berminat untuk memohon pembiayaan peribadi hanya perlu scan dan email slip gaji terbaru anda ke info@rmsatu.com atau boleh terus fax ke 07-3540111 (attention kpd En.Rezzal) dan tuliskan no tel anda atau terus berhubung dengan En. Rezzal di talian 019-7478762.
Terima kasih.
82 nene // Apr 4, 2008 at 12:17 pm
alamak..sori spelling error. sy nak tulis kakitangan swasta. ok. nanti saya contact. TQVM
83 fadil // Apr 5, 2008 at 2:56 pm
saya nak tau, pinjaman bank, selalunya akan dibayar melalui cek, atau dicreditkan ke dalam akaun bank?
84 fadil // Apr 5, 2008 at 2:59 pm
maksud saya, kalau saya pinjam rm20 000, adakah nilai 20 000 itu dibayar sekali gus,etc..
tq
85 muhammad hisham // Apr 12, 2008 at 9:07 am
Salam, sila bantu saya mendapatkan pinjaman sepertimana iklan tuan di bawah. Saya bekerja dengan Pos Malaysia, gaji kasar sekitar RM3K sebulan, blacklist ccris dan ctos, potongan gaji telah hampir 60%. Sekiranya pihak tuan boleh menguruskan pinjaman perniagaan tanpa sebarang birokrasi, saya mohon diuruskan untuk saya. Saya begitu memerlukan pinjaman, bukan sekadar untuk membayar hutang, tetapi juga untuk terus hidup dan memulakan perniaagaan. Sila kembali kepada saya sepertimana alamat email saya atau telefon bimbit saya 016-6772045.
Terima kasih.
Untuk Kakitangan Swasta dan Pemilik Perniagaan
Kelebihan Pinjaman Peribadi Ini :
Tempoh pembayaran ansuran LEBIH LAMA sehingga 5 Tahun.
Pembiayaan Maksimum Sehingga RM150,000.00
Tanpa Penjamin.
Dokumentasi MINIMUM.
TIADA PENALTI untuk bayaran lewat atau penjelasan awal.
Jadual ansuran dan kadar keuntungan tetap RENDAH.
TIADA bayaran tambahan.
Pra Lulus KAD CAJ VISA.
Mematuhi prinsip SYARIAH antarabangsa.
Syarat Kelayakan :
Terbuka kepada SEMUA individu berusia 21 tahun dan ke atas
Pendapatan kasar minimum RM 1,500 sebulan
Gaji dikreditkan ke akaun bank
Kakitangan swasta layak memohon
Juga terbuka kepada pemilik tunggal, pemilik perkongsian, pengarah syarikat sendirian berhad dan berhad.
Dokumentasi yang Diperlukan :
Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis
Salinan 3 bulan slip gaji terbaru yang disahkan majikan
Salinan buku simpanan / penyata bank di mana gaji dikreditkan yang disahkan oleh pihak bank, atau
Daftar niaga dan 6 bulan penyata bank yang disahkan
Atau Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis dan Salinan Kad Kredit sahaja.
86 am // May 8, 2008 at 11:06 am
salam..saya pekerja swasta,bekerja dah lebih 3 tahun,basic RM1400 jika termasuk elaun dlm Rm1800 atau Rm1900.saya ade buat pinjaman yang lain..Saya ingin membuat dari pihak encik untuk langsai kan hutang yang lain..
87 ajai // May 8, 2008 at 5:08 pm
Saya kakitangan swasta.Bergaji 1500 sebulan.Nak ber tanya 2 soalan.
1) Saya pernah tertangguh pinjaman kereta dengan bank selama 5 bulan.Tetapi sudah menyelesai kan semua yg tertunggak bersama2 kos2 sampingan.Dan pihak bank pun telah memberi RELEASE LETTER kepada saya.Boleh/layak kah saya membuat pinjaman peribadi dimana2 bank??
2) Saya ada tunggakan bayaran di COURTS MAMMOTH..Adakah itu termasuk di dalam semakan CCRIS saya??
88 miza // May 29, 2008 at 3:14 pm
cik admin saya gaji saya basic 950..bekerja sudah 3thn lebih masalahnyer syer tidk mmpunyai bank statment dan susah untuk membuat pinjaman dimana2 bank…walaupn ader sesetngh bank boleh membuat pinjaman dgn gji sebanyk itu.diharap cik admin dpt membntu sy mendptkn pinjmn ini..sya cume memerlukan 5k shj..sya mempunyai epf statment dan cash voucher shj..tidak pernah berhutang dimana2 bank pun.skian.
89 miza // May 31, 2008 at 11:33 am
saya pekerja swasta dgn gji 950..gji dibayar cash..adder epf stamnt n voucher..bole xbuat pnjmn ni..dh 3 thn bekerja.xder pinjmn dgn mner2 bnk..hnyer nk buat dlm 3-5k shj..harap dpt membntu..syer di JB
90 admin // Jun 9, 2008 at 2:23 pm
En. Fadil,
Pembiayaan yang diberi oleh pihak bank biasanya akan dibayar menggunakan cek dan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Biasanya anda tidak akan dapat keseluruhan amaun pembiayaan kerana dari jumlah itu akan ditolak kos pemprosesan yang ditetapkan pihak bank dan premium perlindungan insuran.
91 admin // Jun 9, 2008 at 2:25 pm
En. Muhammad Hisham,
Terima kasih kerana menghubungi kami. Semoga urusan yang telah berlangsung memuaskan hati encik.
92 admin // Jun 9, 2008 at 2:27 pm
En. Am & Cik Miza,
Harap maaf. Kini pihak bank di mana kami menguruskan pembiayaan peribadi telah menetapkan syarat - untuk kakitangan swasta pemohon hendaklah bergaji pokok (basic) minimum RM1500 sebulan dan gaji melalui mana-mana bank.
93 admin // Jun 9, 2008 at 2:31 pm
En. Ajai,
Biasanya pinjaman hanya boleh dimohon selepas 6 bulan tunggakan terdahulu diselesaikan. Bermakna 6 bulan dari tarikh ‘release letter’ tersebut barulah encik layak untuk memohon pinjaman bank.
Bayaran bulanan yang dibuat di Courts tidak termasuk dalam laporan CCRIS.
Leave a Comment