RMsatu.com

Duit tinggal RM1? Jangan risau, kami sedia membantu.



RMsatu.com header image 2

Berita Baik Untuk Kakitangan Swasta.

August 10th, 2007 · 28 Comments

Kami telah berjaya dalam perbincangan dengan pihak bank. Pihak bank tersebut bersedia untuk bekerjasama dengan kami di RMsatu.com untuk memberi bantuan pinjaman peribadi kepada pengunjung laman RMsatu.com ini yang bekerja di syarikat swasta. Walau bagaimanapun, buat masa ini pinjaman peribadi untuk kakitangan swasta hanyalah untuk mereka yang tidak menghadapi masalah ‘blacklist’ dan bukan untuk mereka yang mempunyai laporan CCRIS yang bermasalah.

Maklumat lanjut akan kami beritahu melalui post kami yang akan datang berserta dengan syarat dan kelayakannya sebaik sahaja kami memperolehinya kelak.

Bersama kita berkongsi maklumat dan bersatu dalam bantu-membantu..

Tags: Pinjaman

28 responses so far ↓

  • 1 LENNY // Aug 18, 2007 at 11:28 am

    PERSONAL LOAN KAKITANGAN SWASTA

  • 2 admin // Aug 19, 2007 at 1:52 pm

    Lenny,
    Sila rujuk post terbaru kami untuk kelebihan, syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi bagi kakitangan swasta dan pemilik perniagaan.
    Terima kasih.

  • 3 NOR HIDAYAH // Aug 24, 2007 at 2:22 pm

    syarat kelayakan….nor

  • 4 admin // Aug 26, 2007 at 11:57 am

    Cik Nor,

    Sila rujuk post terkini kami untuk syarat dan kelayakan pinjaman peribadi untuk kakitangan swasta atau boleh terus hubungi kami di talian 019-7478762.

    Terima kasih.

  • 5 Rasidi Bin Ahmad // Oct 11, 2007 at 6:04 pm

    Bekerja Di johor ( kilang ) dan tinggal di johor,
    ingin membuat pinjaman peribadi.
    semua pinjaman di bank tak lulus atas alasan outstanding payment

  • 6 admin // Oct 11, 2007 at 10:31 pm

    Encik Rasidi,

    Jika encik ada rekod bayaran tertunggak (outstanding payment) isnya dapat dilihat di laporan CCRIS yang diguna pakai oleh semua bank di Malaysia. Maka tidak hairanlah mengapa pinjaman encik ditolak oleh kebanyakan bank. Jika encik masih ingin mencuba tidak salah. Hubungi sahaja kami di 019-7478762. Namun kami tidak boleh menjanjikan kelulusan kerana semuanya bergantung kepada budi bicara pihak bank pembiaya.

  • 7 rozi // Oct 28, 2007 at 9:15 pm

    hai…

    saya nak membuat pinjaman .tapi saya dah blacklist
    waktu nie saya menangung hutang berjumlah rm 40,000.saya ingin membuat satu pinjaman untuk membayar kesemua hutang saya.saya perkerja hotel.gaji saya rm3300

  • 8 Sue // Oct 31, 2007 at 9:46 am

    Saya ada membuat sangkut kad kredit,personal loan dan pinjaman kereta tetapi setakat ini belum sampai surat saman. Saya ingin membuat personal loan utk selesaikan hutang kad kredit dan kereta yg tertunggak. Kemudian sambung bayaran ansuran sperti biasa. Saya mahu hapuskan interest kad kredit. Masih bole ke saya buat pinjaman?

  • 9 admin // Nov 4, 2007 at 11:59 am

    Cik Rozi,
    Pinjaman untuk mereka yang telah disenari hitamkan hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Ini adalah syarat bank dan koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi untuk mereka yang ‘blacklist’. Memandangkan cik adalah kakitangan swasta kami meminta maaf kerana tidak dapat membantu.

  • 10 admin // Nov 4, 2007 at 12:01 pm

    Cik Sue,
    Boleh atau tidak membuat pinjaman adalah bergantung kepada pihak bank. Kami boleh membantu membuat permohonan untuk cik namun lulus atau tidak pinjaman itu adalah hak pihak bank untuk menentukannya.

  • 11 diana // Nov 15, 2007 at 9:59 pm

    saya ada ccris boleh ke buat pinjaman…

  • 12 admin // Dec 23, 2007 at 4:25 pm

    Cik Diana,
    Biasanya jika CCRIS cik menunjukkan ada rekod 3 bulan atau lebih dalam masa 6 bulan terakhir ini maka harapan untuk mendapat kelulusana pinjaman adalah amat tipis.

  • 13 mohd haniff sathia // Jan 8, 2008 at 3:42 pm

    saya ingin meminta bantuan,saya bekerja disyarikat swasta,gaji saya RM2800.
    Masaalah saya, saya ada buat pinjaman ALONG dan sekarang saya kena bayar RM20,000.Setipa bulan saya kenakan potongan gaji sebanyak RM1400.00 setiap bulan hanya bayar interest saja. sudah setahun lebih saya bayar. sebabkan ini saya dah blacklist dengan bank rakyat,Eon Kredit kad dan Hong leong.
    saya perlukan pinjaman untuk menutup ALONG dan sedikit untuk bank bank ;lain .Bolehkah saya dapat pinjaman peribadi. TOLONGLAH SAYA.

  • 14 admin // Jan 22, 2008 at 8:24 pm

    En. Haniff,
    Kami simpati atas situasi yang encik hadapi. Namun, tidak ada bank yang memberikan pinjaman peribadi untuk kakitangan swasta yang telah disenarai hitamkan.
    Harap maaf.

  • 15 zali // Feb 11, 2008 at 6:57 pm

    1.Perlukah saya mempunyi surat kebenaran dari syarikat saya untuk membuat pinjaman…
    2. Adakah pihak bank dapat membantu orang yang blacklist walaupun mempunyi tangga gaji melebihi..RM2500 sebulan….

  • 16 che shah zeli // Feb 14, 2008 at 12:41 pm

    sy nak pinjam duit sebanyak rm1000.00bayar dalam masa 12bulan boleh x

  • 17 admin // Feb 22, 2008 at 1:57 am

    En. Zali,
    1. Tidak perlu
    2. Hanya kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang telah disenarai hitamkan boleh memohon pembiayaan. Kakitangan swasta yang disenarai hitam tidak dapat kami bantu untuk memohon pembiayaan. Ini yang ditetapkan pihak bank. Kami tidak mampu membuat apa2.

  • 18 admin // Feb 22, 2008 at 2:00 am

    En. Che Shah Zeli,
    Kami bukan pemberi pinjaman. Kami membantu mereka yang ingin memohon pinjaman dari bank dengan memberi haluan ke bank mana boleh dituju sekaligus membuat permohonan untuk mereka jika diberi kepercayaan. Jika pinjaman diluluskan pihak bank maka seterusnya mereka yang memohon akan terus berurusan dengan pihak bank dan bukannya dengan kami.

  • 19 as // Mar 24, 2008 at 2:04 pm

    saya ada ccris tapi skrang tiap2 bulan dah byr sejak 8 bulan yg lepas,keta saya dah jual tp still nama saya.tp saya xtahu mcmana keadaan payment keta tu,saya nak apply loan unuk setelkan hutang kad kredit lebih kurang dlm 3k shja…boleh ker saya nak apply loan 10k yg llebih tu saya nak melabur…

  • 20 zuriyati omar // Mar 24, 2008 at 3:09 pm

    saya ada hutang kredit sebanyak rm1500. sbb hutang ni saya x dpt/ layak utk memohon mana2 pinjaman. Bolehkah pihak en. uruskan utk menguruskan pinjaman bg saya melangsaikan hutang ni & membuat modal utk perniagaan kecil - kecilan

  • 21 admin // Mar 30, 2008 at 9:36 am

    Cik As,
    Jika cik adalah kakitangan swasta yang bermasalah CCRIS kami tidak dapat membantu kerana tidak ada bank yang bersedia untuk memberi pembiayaan kepada kakitangan swasta yang bermasalah seperti anda. Namun sekiranya anda adalah seorang kakitangan kerajaan, cik hanya perlu scan dan email slip gaji cik ke info@rmsatu.com atau terus fax ke 07-3540144 (attention kpd En. Rezzal) dan tuliskan no tel anda atau terus hubungi En. Rezzal di talian 019-7478762. Terima kasih.

  • 22 admin // Mar 30, 2008 at 9:37 am

    Cik Zuriyati,
    Sila rujuk balasan email kami di atas untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

  • 23 ri // May 6, 2008 at 4:32 am

    sy x tau sy ccris @ x n bbrape bank sy apply pers loan x llus sbb alsn tnggugn hutng yg tinggi ttpi setiap bln sy blh byr. sy pln nk wt 1 personal loan n ttup 5 crdt crd (rm17000)sy utk elak intrst. sblm ni mmg sy ade sngkut study loan ttpi sdh byr kesemuanye feb lps. blhkh sy dbantu? sy ade hutng kete n 2 per loan di bank lain. gaji sy skrg + elaun ttp rm1738.5 n setiap bln plus ot average gji sy rm2200per month.

  • 24 jamalludin // May 13, 2008 at 2:55 pm

    saya adelah perkerja swasta.saya ade sedikit masalah dengan pembayaran kereta dgn pihak bank.setiap bulan loan kereta saya tergantung sebulan.bolehkah saya hendah membuat pinjaman sebanyak RM3000.00 sahaja.kalau boleh bagaimana caranya.

  • 25 DASHA // May 13, 2008 at 5:25 pm

    Saya dah buntu tak tau nak cari sumber utk pinjam duit sebyk 30K. Saya bekerja di sykt swasta sdn bhd dan gaji kasar saya RM1950.00. Saya tak blacklisted tapi skrg nie dah sampai tahap nyawa2 ikan nak selesaikan hutang bank. Layak ke saya apply. Berapa interest dikenakan? Bagaimana cara bayaran balik??? Tempoh bayaran balik hutang.

  • 26 admin // Jun 9, 2008 at 3:36 pm

    Ri,
    Walaupun bayaran bulanan kad kredit dan pinjaman kereta cik buat tepat pada masanya tidak bermaksud permohonan pinjaman peribadi cik akan diluluskan. Ini kerana bank melihat komitmen bulanan cik dapat memberi kelulusan. Jika jumlah bayaran bulanan pinjaman melebihi 60% drp jumlah pendapatan cik maka cik akan dikategorikan sebagai ‘high commitment’ yang mana pada pendapat bank berisiko tinggi untuk memberi pinjaman kepada cik kerana baki gaji yang tinggal hanya 40% drp pendapatan bulanan cik.

  • 27 admin // Jun 9, 2008 at 3:38 pm

    En. Jamaludin,
    Setakat gantung sebulan tidak menjadi masalah. Encik boleh hubungi terus kepada En. Rezzal di talian 019-7478762 atau fax bukti pendapatan encik ke 07-3540144.

  • 28 admin // Jun 9, 2008 at 3:43 pm

    Cik Dasha,
    Bagi kakitangan swasta dan tidak blacklist cik masih layak untuk memohon pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan ialah dalam lingkungan 8.5% setahun (bergantung kepada bank pembiaya) dan cara bayaran balik adalah melalui bank-in @ deposit ke mesin CDM ank tersebut. Tempoh bayaran balik antara 2-5 tahun. Tetapi cik mengatakan yang cik sudah tahap ‘nyawa-nyawa ikan’ menanggung bayaran bank. Pada pendapat saya tidak elok membuat pinjaman tambahan dalam keadaan sekarang kerana ditakuti akan menambah hutang cik dan kemungkinan di masa depan akan membebankan lagi.

Leave a Comment