Menyambung topik tentang sistem-sistem yang disemak oleh pihak bank dalam meluluskan satu-satu pinjaman….Selain CTOS yang telah diterangkan sebelum ini. Yang memberikan maklumat terperinci tentang maklumat seseorang pelanggan ialah CCRIS.
Apa itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference Information System iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.
Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah boleh tahu status diri anda.
Laporan Kredit Terperinci adalah bahagian yang terpenting yang memberi gambaran terperinci dan menyeluruh tentang setiap satu pinjaman yang yang diperolehi oleh pelanggan sama ada untuk dirinya sendiri, secara bersama bagi akaun bersama, sebagai pemilik bagi perniagaan tunggal dan sebagai rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian atau badan profesional berserta corak pembayaran untuk satu-satu pinjaman tersebut selama 12 bulan sebelumnya. Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai pinjaman kenderaan, di sini ditunjukkan pada bulan berapa bayaran kenderaan ada tertunggak dan berapa bulan tunggakan tersebut untuk tempoh 12 bulan yang lalu. Bukan sahaja untuk pinjaman kenderaan sahaja, juga ditunjukkan di sini ialah pinjaman berjangka yang lain seperti rumah, kad kredit, overdraf, pinjaman peribadi, belian barang elektrik atau perabot secara ansuran, pemajakan, resit amanah, belian cek luar, pemfaktoran, belian bil-bil domestik dan lain-lain. Selain menunjukkan jenis pinjaman dan corak bayaran, butiran lain seperti tarikh pinjaman, status, kapasiti, jenis institusi yang memberi pinjaman, jumlah belum jelas, tarikh baki dikemaskini, tempoh pembayaran balik prinsipal, jenis cagaran, status undang-undang dan tarikh status dikemaskini turut dipaparkan di halaman ini. Apa maksudnya? Sekiranya 10 bulan lalu kereta anda tertunggak 3 bulan, walaupun sekarang ini anda telah ‘update’ dan tiada tunggakan, pihak bank tetap akan tahu perkara tersebut. Oleh itu tidak ada gunanya untuk berselindung.
Laporan Kredit Tambahan adalah merupakan bahagian terakhir dalam laporan CCRIS. Walaupun yang terakhir ia tidak kurang penting terutamanya kepada pihak pemberi pinjaman kerana di sinilah dinyatakan alamat-alamat yang pernah diduduki oleh pelanggan sama ada alamat rumah atau syarikat, nombor-nombor telefon tidak kira telefon rumah, pejabat ataupun telefon bimbit yang pernah atau masih digunakan oleh pelanggan dan juga maklumat pekerjaan pelanggan meliputi jawatan dan nama syarikat tempat pelanggan bekerja dulu dan kini. Jadi, jangan terkejut sekiranya pegawai bank boleh menyatakan dengan tepat sejarah tempat tinggal, nombor telefon dan perkerjaan anda ketika anda membuat pinjaman dengan pihak bank. Dan nasihat saya, jangan cuba memberi maklumat palsu kepada pihak bank dalam apa-apa permohonan pinjaman kerana maklumat diri anda di hujung jari mereka dengan adanya laporan CCRIS ini.
Begitu ramai pengunjung blog ini yang mengajukan pertanyaan kepada kami di RMsatu.com berkaitan CCRIS terutamanya yang menghadapi masalah laporan CCRIS yang tidak ‘cantik’. Apa yang boleh kami nyatakan di sini, laporan CCRIS hanya menunjukkan corak bayaran selama 12 bulan terdahulu. Sekiranya tunggakan bayaran berlaku lebih dari 12 bulan lalu, usah khuatir kerana ia tidak nampak di dalam laporan CCRIS ini selagi tiada tindakan undang-undang dikenakan. Selain itu, bagi pinjaman yang telah diselesaikan sepenuhnya baki pinjaman, laporan berkenaan pinjaman tersebut akan diluputkan sepenuhnya dari laporan CCRIS dalam masa paling lama pun sebulan sahaja. Jadi, walaupun pernah bayaran kurang memuaskan pada satu-satu masa lalu sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan sepenuhnya maka sejarah tersebut tidak kelihatan lagi.
Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan laporan CCRIS silalah ajukan kepada kami di RMsatu.com. Untuk lebih mudah klik sahaja pada ‘Comment’ di bawah ini..
Sekian..
48 responses so far ↓
1 sam // Aug 24, 2007 at 1:03 pm
1) Saya ingin tahu apakah tindakan undang-undang yang dimaksudkan bank? 2) Apakah yang berlaku sekiranya saya tidak menghadiri mahkamah sekiranya disaman? 3) Bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan installment bulanan?
2 Shifak // Sep 3, 2007 at 3:12 pm
saya telah dimaklum oleh pihak bank yang saya ade saman ,saya tidak boleh memohon pinjaman. bagaimana harus saya lakukan untuk menyelesaikannya .
3 iza // Sep 3, 2007 at 8:18 pm
1) Saya ingin tahu apakah tindakan undang-undang yang dimaksudkan bank? 2) Apakah yang berlaku sekiranya saya tidak menghadiri mahkamah sekiranya disaman? 3) Bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan installment bulanan?
4 ani // Sep 19, 2007 at 7:47 am
cam mana nak tahu seseorang tu kena blaklist??
5 admin // Sep 19, 2007 at 11:50 pm
Kami telah menghantar email ke alamat Sam, Shifak dan Iza masing2. Sila rujuk email anda.
Cik Ani,
Untuk mengetahui seseorang itu telah di senarai hitamkan atau tidak, bank menyemak dua sistem atau laporan utama iaitu CTOS dan CCRIS. Kami berpengetahuan tentang sistem2 tersebut namun tidak mempunyai akses terus kepadanya maka tidak dapat kami menyemak nama cik.
6 ani // Sep 21, 2007 at 12:51 pm
saya ingin membuat pinjaman peribadi tetapi pinjaman saya ditolak disebabkan tunggakkan pinjaman saya yang terdahulu.
7 ani // Sep 21, 2007 at 12:52 pm
saya ingin membuat pinjaman peribadi tetapi pinjaman saya ditolak disebabkan tunggakkan pinjaman saya yang terdahulu. walaupun saya telah bayar tunggakkan tersebut
8 admin // Sep 28, 2007 at 10:51 pm
Cik Ani,
Walaupun cik telah membayar tunggakan pinjaman terbabit namun permohonan pinjaman peribadi cik tetap ditolak kerana laporan CCRIS menunjukkan corak bayaran selama setahun untuk apa jua pinjaman yang cik buat. Walaupun tunggakan telah di’update’ namun berdasarkan pada rekod bayaran terdahulu pihak bank mengetahui corak bayaran cik kurang ‘cantik’ dan ditakuti perkara sama berlaku sekiranya mereka meluluskan pinjaman peribadi cik. Apa yang boleh cik lakukan ialah mempastikan bayaran2 pinjaman bagi bulan2 mendatang di bayar tepat pada masanya dan insyaallah selepas 6 bulan cik boleh memohon semula pinjaman peribadi.
9 ROHAYU BT YAACOB // Oct 16, 2007 at 6:38 pm
SALAM
NAMA SAYA PNH DI BLACKLIST SBB JADI PENJAMIN.MCM MANA SAYA NAK TAU NAMA SAYA SUDAH DI BERSIHKAN KE BELUM?HARAP PIHAK TUAN DPT MEMBANTU SAYA DLM MASALAH INI.
SEKIAN,TERIMA KASIH.
10 admin // Oct 17, 2007 at 7:07 pm
Cik Rohayu,
Cik boleh ke Bank Negara dan minta di cetakkan maklumat kewangan (Laporan CCRIS) cik untuk mengetahui status diri cik. Untuk mendapatkan cetakan CCRIS ini cik perlu hadir sendiri ke Bank Negara dgn membawa Kad Pengenalan Asal.
11 maya // Oct 22, 2007 at 12:06 pm
1)kalau kita blacklist dlm 1 bank tu,then kita dpt keje yg kena kt bukak akaun dalam bank tu untuk pembayaran gaji so how’s that money?berlaku tak freezing even tanpa persetujuan kita? 2)dulu masa i tak mampu byr kereta,bank suh i pulang kereta then i ikut ckp bank then dorang hantar statement yg i kena byr blk rm20000 coz dorg rugi ms auction.mana 1 yg betul?klu i byr balik habis pun kereta i tak dapat balik…..
12 admin // Oct 25, 2007 at 1:27 am
Cik Maya,
1) Sekiranya gaji cik dimasukkan ke bank di mana nama cik disenarai hitamkan ianya tidak menjejaskan gaji cik. Namun, bergantung juga kepada budi bicara pihak bank. Tetapi pada kebiasaannya pihak bank tidak berhak untuk membekukan gaji cik tanpa persetujuan dari Cik Maya sendiri kerana menjadi tanggungjawab bank tersebut mengkreditkan gaji cik tepat pada masanya dengan jumlah yang ditentukan majikan cik kerana ia adalah arahan dari majikan cik sendiri. Hanya dalam satu situasi sahaja akaun cik akan dibekukan iaitu jika Cik Maya diisytiharkan muflis tetapi ia hanya boleh dikuat kuasakan bagi penghutang yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM30k.
2) Memang menjadi lumrah bank jika cik tidak mampu membayar semula pinjaman kenderaan cik akan dinasihatkan agar memulangkan semual kenderaan tersebut kepada bank apabila cik menghadapi masalah untuk meneruskan pembayaran bulanannya. Apabila sampai ke tangan bank, kenderaan tersebut akan dilelong. Jika harga lelongan kurang dari jumlah hutang kenderaan tersebut maka pelanggan perlu menokok jumlah perbezaan iaitu kerugian yang ditanggung pihak bank. Ini dinamakan “shortfall’. Namun jika jumlah lelongan melebihi jumlah hutang maka perbezaan jumlah tersebut atau keuntungan itu akan dipulangkan kepada pelanggan. Namun, kes seperti ini amat jarang berlaku. Dan dalam kedua-dua kes ini cik pastinya tidak akan dapat kenderaan tersebut semula kerana ia sudah tentu menjadi milik pihak yang berjaya tender kenderaan tersebut.
13 Ratna // Nov 5, 2007 at 2:38 pm
Kawan saya telah diblacklist kerana menjadi penjamin bagi pembelian kereta. Peminjam telah mengajukan mslh kena tipu oleh broker kedai kereta kerana tidak menukar namanya bagi trade in kereta tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Beliau telah berjaya mendapat award RM25,000.00 bagi tuntutan tersebut. Namun begitu, orang yang dikehendaki membayar wang tersebut masih tidak menjelaskannya lagi sehingga sekarang. Jadi disini bagaimanakah cara saya nak menyelesaikan mslh tersebut dan untuk membuat pinjaman lain dengan pihak bank ? Untuk pengetahuan pihak tuan, kereta ini telahpun dilelong oleh pihak bank.
14 admin // Nov 5, 2007 at 9:32 pm
<p>Cik Ratna,<br />
Minta maaf, kami kurang faham. Kawan blacklist, peminjam ‘complaint’ dan dapat award, org dikehendaki membayar wang tidak menjelaskan bayaran, anda pula ingin menyelesaikan masalah ini untuk buat pinjaman dengan bank..Adakah ini bermaksud andalah peminjamnya dan broker tidak membayar anda RM25k yang telah ditetapkan tribunal? Dan sekarang kereta telah dilelong dan nama anda telah disenarai hitamkan menyebabkan pinjaman anda sekarang tidak diluluskan..begitu? Jika ini keadaannya maka anda ada dua pilihan sama ada meminta broker membayar anda amaun tersebut secara baik (selesaikan di luar mahkamah) atau membuat semula aduan ke Tribunal Pengguna yang mana boleh menyebabkan aset broker dilelong dan wang hasil lelongan akan dibayar kepada anda.<br />
Terima kasih.</p>
15 wan // Nov 7, 2007 at 5:49 am
salam…
saya pernah menjadi penjamin bagi membeli kereta..sekarang nama saya sudah disenarai hitamkan oleh pihak bank kerana hutang tertunggak.
2. bagaimana saya nak buat pinjaman baru.saya adalah kakitangan kerajaan…
16 admin // Nov 24, 2007 at 12:34 pm
Cik Wan,
Memandangkan anda adalah kakitangan kerajaan maka peluang untuk membuat pinjaman peribadi masih ada. Anda boleh terus telefon kepada En. Jeli di talian 019-7848015 untuk penjelasan lanjut.
17 acu jenat // Nov 25, 2007 at 11:41 am
saya nak tau tang mana yang menyebabkan saya blacklist..kat mana saya nak check? Utang mende yang saya tak bayor..coz personal loan sumer saya bayor melalui potongan gaji..
18 shyghost // Nov 26, 2007 at 9:36 am
Saya ada buat pinjaman perumahan menggunakan dua nama… adakah kedua-dua nama tersebut akan disenaraikan dlm CCRIS?
19 hafiz // Nov 29, 2007 at 10:12 am
apakah tindakan bank jika tidak membayar pinjaman peribadi.
20 admin // Dec 4, 2007 at 10:39 pm
Cik Acu,
Untuk mengetahuinya cik boleh pergi terus ke cawangan Bank Negara yang berdekatan dan memohon untuk dicetakkan laporan CCRIS. Di situ dinyatakan secara ‘detail’ setiap satu pinjaman dan corak bayaran cik selama setahun dan dari situ juga cik boleh mengetahui jika nama cik ada disenarai hitamkan.
Shyghost,
Ya. Tentu sekali kerana ini adalah akaun pinjaman bersama (joint name)
En. Hafiz,
Nama anda akan disenarai hitamkan dan encik tidak akan berpeluang membuat apa-apa pinjaman dengan pihak bank selagi pinjaman tersebut tidak dilunaskan sepenuhnya.
21 perceptus // Dec 5, 2007 at 7:14 pm
Saya berpendapatan RM 58200 setahun(Basic RM 4200 & elaun RM 650 sebulan) & bekerja swasta(MNC).Tetapi,nama saya ada di dlm CTOS & CCRIS.Saya cuba mendptkan pembiayaan tetapi gagal.Saya tiada komitmen lain melainkan gaji semata mata.Saya cuba mendapatkan pinjaman sebelum ini tetapi gagal.Seolah olah tiada peluang kedua buat saya.Saya amat kecewa dgn situasi ini.Adakah saya layak memohon utk pembiayaan peribadi dar mana2 bank?Saya amat berharap anda dpt menghubungi saya.Terima kasih.
22 admin // Dec 23, 2007 at 4:17 pm
Perceptus,
Jika cik tidak ada komitmen lain mana mungkin nama cik ada masalah dalam laporan CCRIS. Atau mungkin nama cik bermasalah sebagai penjamin kepada sesiapa? Kebiasaannya bagi mereka yang telah disenarai hitamkan memang amat sukar untuk membuat pinjaman lagi. Kecuali kakitangan kerajaan dan badan berkanun , bagi yang lain seolah-olah tiada peluang kedua kecuali berjumpa AKPK.
23 amir // Jan 8, 2008 at 1:22 pm
kepada yang berkenaan,
saya amir dari selangor, ingin mengetahui lebih lanjut mengenai CCRIS,
1)apakah tunggakan ansuran untuk sesuatu hutang selama bertahun akan ditunjukkan di dalam laporan?
2)Bagaimana kami sebagai pelanggan ingin tahu isi kandungan laporan CCRIS?
3)dimana kami perlu rujuk dan tindakan apa yang kami perlu lakukan?
24 admin // Jan 22, 2008 at 8:21 pm
En. Amir,
1) Laporan CCRIS hanya menunjukkan corak atau tunggakan bayaran bulanan pinjaman untuk setahun (12 bulan) yang terdahulu sahaja.
2) dan 3)
Encik boleh pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia dgn membawa IC dan memohon agar laporan CCRIS encik dicetak. Jangkamasa laporan diperolehi dan bayaran dikenakan (sekiranya ada) hendaklah dirujuk kepada BNM.Untuk memahami isi kandungannya, encik bolehlah meminta bantuan pegawai BNM yang sedia dan mesra untuk membantu.
25 LINDA // Feb 6, 2008 at 5:06 pm
Saya telah pun di blacklisted 4 tahun lalu (kad kredit), saya ingin menyelesaikan dua kad kredit dari dua buah bank yg berbeza. saya telah cuba untuk membuat pinjaman dari bbrp buah bank tetapi gagal. Bagaimanakah cara untuk saya selesaikan masalah ini. Tolonglah…saya dah x sanggup lagi hidup membayar hutang. Saya seorang pekerja swasta…
26 fz // Feb 15, 2008 at 6:06 pm
1) Saya ingin tahu apakah tindakan undang-undang yang dimaksudkan bank? 2) Apakah yang berlaku sekiranya saya tidak menghadiri mahkamah sekiranya disaman?
27 siti // Feb 18, 2008 at 5:21 pm
jika saya pernah menjamin seseorang.. kerana membeli kereta dan kini saya ada mendapat surat perintah untuk hadir ke mahkamah bulan depan.. adakah dikira nama saya telah blacklist? masihkah ada cara untuk saya selesaikan masalah saya seperti membuat pinjaman untuk menyelesaikan masalah tersebut..?
28 admin // Feb 22, 2008 at 2:02 am
Cik Linda,
Kami masih belum dapat membantu pekerja swasta yang blacklist dalam memohon pinjaman walaupun bertujuan untuk menyelesaikan blacklist. Buat masa ini bank dan koperasi hanya membuka pinjaman peribadi kepada yang blacklist hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja. Harap maaf.
29 admin // Feb 22, 2008 at 2:05 am
Cik Fiz,
1. Tindakan undang2 ialah menyaman cik untuk mendapatkan jumlah hutang yang tertunggak sekaligus menyenarai hitamkan nama cik supaya cik tidak boleh lagi memohon mana2 pinjaman dengan mana2 bank selagi cik tidak menyelesaikan hutang yang tertunggak dengan bank tersebut.
2. Sekiranya cik tidak hadir ke mahkamah apabila disaman cik boleh dijatuhi hukuman kerana mengingkari perintah mahkamah untuk menghadirkan diri tatakala dipanggil. Seeloknya hadirkan diri dan di mahkamah ceritakan masalah yang cik hadapi. Insyaallah tuan hakim bersedia memberi pandangan dan pengurangan bayaran bulanan ke atas jumlah hutang tersebut.
30 admin // Feb 22, 2008 at 2:08 am
Cik Siti,
Apabila mendapat surat saman kerana menjamin seseorang maka nama cik biasanya telahpun dimasukkan ke CTOS dimana bermakna cik termasuk dalam senarai hitam.
Sekiranya cik kakitangan kerajaan atau badan berkanun kami masih mampu membantu cik mendapatkan pinjaman untuk menyelesaikan hutang tersebut. Tetapi sekiranya cik kakitangan swasta atau bekerja sendiri maka kami meminta maaf kerana pihak bank masih tidak membuka peluang untuk memohon pinjaman apabila nama sudah disenarai hitamkan.
31 ina // Mar 3, 2008 at 12:15 pm
saya pernah buat loan dengan CIMB bank & RHB bank, bayaran saya ok, saya hendak settlet kan blaclist suami saya tapi masih tidak cukup lagi, macamana saya nak buat pinjaman.
32 admin // Mar 22, 2008 at 4:33 pm
Cik Ina,
Untuk memohon pembiayaan. cik boleh scan dan email salinan IC, 3 bulan sip gaji terkini dan bil api/air rumah ke info@rmsatu.com. Sertakan juga no tel untuk kami hubungi cik.
Terima kasih.
33 habibanna // Mar 24, 2008 at 10:40 pm
sya pkerja swasta, sya ada blacklist cc’ dlm 2r.. sya tahu tiada lg phak bank yg mnerima pmnjam yg ada blacklist, terutama swasta.. tujuan sya nk mintak pendapat en admin dlm kes sperti sya.. apakah tiada jln kdua buat kes sperti kami utk kami rujuk, dan cuba pbaiki klemahan yg blaku,, bkn utk mrayu, tp mahukn nsihat dan pndapat dari pihak yg tertentu, utk mbantu msalah ini.. dan blehkh en admin terangkn apakh ada pihak yg dapt mmbantu sendainya kami sudi bkerja sama untk sama2 slesaikan msalah trutama pada pihak bank.. apakh tiap yg tlah tjadi adalah satu kata putus muktamad bg mreka (phk bank) tmpa ad pluang yg kdua… sya bhrp ada phk lain dpt mlhat msalah ini dgn lbih jauh, dan hrp en admin dpt mberi sdikit maklumat diantranya pluang2 yg ada’ yg kami sndiri tk nmpak… tmkh diatas phikmatan en admin untk msyrakat, sya mghargai en admin
34 faizal // Mar 26, 2008 at 1:24 pm
hai semua,
sy ade masalah dengan CCRIS /…credit card tertangguh lam RM4000…sekarang saya ingin mencari jalan penyelesaian untuk settle kan hutang nie..jika ade sesapa yg leh bantu sila emailkan sy seperti diatas..
terima kasih
35 admin // Mar 30, 2008 at 9:41 am
Cik Habibanna,
Untuk masalah ini cik boleh berhubung dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapat khidmat nasihat lanjut kerana agensi dibawah kelolaan Bank Negara Malaysia ini memang ditubuhkan untuk membantu individu yang bermasalah seperti cik untuk menstruktur semula semua kredit yang ditanggung anda. Sila klik ke link yang telah kami sediakan di bawah ‘Informasi Perbankan’. Terima kasih.
36 admin // Mar 30, 2008 at 9:44 am
En. Faizal,
Jika encik kakitangan kerajaan Insyaallah kami dapat membantu. Hanya perlu scan dan email slip gaji terkini anda ke info@rmsatu.com. Kami akan membuat semakan dan pengiraan kelayakan encik. Atau boleh juga fax ke 07-3540144 (attention kpd En. Rezzal dan tuliskan no tel anda). Juga boleh terus berhubung dengan En. Rezzal di talian 019-7478762. Jika encik kakitangan swasta, encik boleh berhubung dengan AKPK melalui link di bawah ini.
Terima kasih.
http://www.akpk.org.my/
37 puan lisa // Apr 7, 2008 at 3:29 pm
saya mempunyai tunggakan hutang kerana pinjaman kereta yang dibeli atas nama saya tetapi untuk kegunaan orang lain. kereta berkenaan telah ditarik dan baki hutang skrg RM17k.baki tersebut pada tahun 2003. bagaimana cara utk sy selesaikan hutang berkenaan. sy kakitangan kerajaan. Adakah baki berkenaan akan bertambah dari tahun ke tahun selagi saya tidak melangsaikan hutang berkenaan. tq.
38 myazara // Apr 26, 2008 at 12:47 pm
Saya ada pertanyaan: saya merupakan peminjam ptptn dan sepatutnya memulakan pembayaran ansuran pada tahun 2004. Walaubagaimanapun, saya masih belum memulakan pembayaran ansuran ptptn ini sehingga kini. Ini adalah kerana saya bercadang untuk membuat pinjaman peribadi dan membayar secara lump sum pinjaman ptptn ini. Adakah kemungkinan pihak ptptn senaraihitamkan nama saya pada masa ini?
39 din // May 7, 2008 at 10:57 pm
sye nk tahu bagaimana nak hilangkan senarai hitam saya?
40 nana // May 12, 2008 at 2:58 pm
saya pernah memakai kad kredit may bank..disebabkan perangai saya yang tidak ambil kisah menjerat diri saya…saya dan 2 org anak buah saya telah menjadi ahli di sebuah fitness.Bayaran bulanan di fitness tersebut ditolak melalui kad kredit sahaja.Disebabkan anak buah saya tidak mempunyai kad kredit, So bayaran mereka berdua ditolak melalui kad kredit saya.Tetapi sayangnya..apabila syarikat tersebut membuat penolakan dari kad kredit saya setiap bulan, anak buah saya gagal menjelaskan bayaran tersebut pada saya.sedangkan kontrak dengan fitness tersebut adalah 1 tahun.so saya gagal menjelaskan bayaran kad kredit itu sepenuhnya.sehingga over limit dan terdapat tunggakan hampir2 RM2000.saya gagal mendapatkan pinjaman buat mase ini disebabkan gaji saya yang kecil..soalan saya..bank akan memberi tempoh berapa lama untuk saya menjelaskan bayran ini???sekiranye saya gagal menjelaskan hutang..apakah akibatnye/keburukan dari kejadian tersebut..selain drpd di blacklist…
41 Faiez // May 20, 2008 at 4:30 pm
en admin..
saye ader buat pinjaman cimb…cimb cash express..pada hjg tahun lepas sekitar bulan 12 saye tertunggak bayaran selama 2 bulan dan telah kuar surat dari bank.tapi kemudian saye sudah settlekan.cume nk tanyer adakah maklumat peribadi sayer sudah tak cantik lg dalam CCRIS..
42 qyanna // Jun 2, 2008 at 3:56 pm
Kepada rmsatu…
A’kum… saya ada soalan…
Suami saya dan saya telah membeli perabot jumlah yang besar untuk diselesaikan secara ansuran..semasa pihak penjual memproses jual beli..suami saya tidak layak untuk membayar secara ansuran disebabkan namanya sudah disenarai kan di dalam CTOS…
apa yang kami muskhil adalah…. Nama dan no.kad pengenalan adalah mmg suami saya..tetapi apabila kami melihat butiran CTOS tersebut…suami saya berhutang dengan kedai hardware di Negeri Sembilan pada 2004 pada hal kami berada di Kota Kinabalu selama bermula 2002 sehingga kini… menurut butiran suami saya adalah salah satu daripada 4org pemilik syarikat yang berhutang tersebut.
Soalannmya: bagaimana kami ingin membersihkan nama suami saya daripada senarai CTOS ini… Kami sudah membuat laporan polis tetapi pihak polis menyuruh kami selesaikan sendiri dengan CTOS..malangnya kami tidak tau di mana dan bagaimana…
Terima kasih
43 admin // Jun 9, 2008 at 1:46 pm
Cik Qyanna,
Cik boleh pergi ke laman web CTOS, print borang untuk membuat semakan dan terus berurusan dengan pihak CTOS.
(Latest - Self Check is FREE!!! )
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
E-mail: gen@ctos.com.my
44 admin // Jun 9, 2008 at 2:03 pm
Puan Lisa,
Jika kenderaan yang telah ditarik balik oleh pihak bank, puan akan menerima surat peringatan 5th Schedule dari pihak bank. Jika ia tidak dituntut dalam masa 21 hari maka kereta itu akan ditender kepada pihak berminat.Setelah ditender maka baki hutang perlu dilangsaikan oleh puan.Jika baki ini tidak dilangsaikan maka jumlah tunggakan tersebut akan bertambah dari sehari ke sehari dan dalam pada masa yang sama nama puan akan tersenarai hitam di dalam CCRIS. Oleh itu jika puan mempunyai lebihan kewangan saya mencadangkan agar puan dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Jika puan berhasrat ingin mendapatkan pembiayaan peribadi hubungi En. Rizal di talian 019-7478762 dan sila faxkan slip gaji puan yang terbaru ke 07-3540144. Terima kasih.
45 admin // Jun 9, 2008 at 2:04 pm
Cik Myazara,
Buat masa ini PTPTN masih belum menyenarai hitamkan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman pelajaran yang diberikannya.
46 admin // Jun 9, 2008 at 2:10 pm
Din,
Untuk menghilangkan senarai hitam anda perlulah menyelesaikan hutang anda tersebut secara keseluruhannya. Setelah menyelesaikannya anda perlu mendapatkan surat pelepasan dari pihak bank. Setelah itu, pergi ke laman web CTOS iaitu http://www.ctos.com.my/ cetak borang untuk ‘update’ status diri anda dan serahkan borang tersebut berserta salinan surat pelepasan dari pihak bank untuk tindakan lanjut pihak CTOS.
47 admin // Jun 9, 2008 at 2:15 pm
Cik Nana,
Apabila anda gagal menjelaskan tunggakan hutang kad kredit, laporan CCRIS anda akan merekodkan kelewatan bayaran tersebut. Nasihat saya paling tidak buatlah ‘minimum payment’ untuk kad kredit anda iaitu 5% drp jumlah penggunaan. Jika ‘minimum payment’ juga tidak anda bayar maka sampai satu tahap dimana kad kredit anda akan dibekukan kerana ‘over limit’ dan nama anda akan diletakkan di dalam bahagian ‘Special Attention Account’ di dalam laporan CCRIS yang mana tidak ada bank akan memberi apa-apa pinjaman kepada anda selagi ia tidak diselesaikan.
48 admin // Jun 9, 2008 at 2:18 pm
En. Faeiz,
Jika setakat 2 bulan tertunggak dan kini anda telah membuat bayaran maka tidak menjadi masalah kerana bank masih menganggap anda sebagai peminjam yang bagus. Lain halnya jika bayaran bulanan tertunggak sehingga 3 bulan dan ke atas.
Leave a Comment