RMsatu.com

Duit tinggal RM1? Jangan risau, kami sedia membantu.



RMsatu.com header image 1

Rujuk dan Terima Ganjaran..

June 9th, 2008 · No Comments

Assalamualaikum semua…

Minggu lepas saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh sebuah bank antarabangsa yang kini hampir 2 tahun beroperasi di Malaysia. Daripada seminar tersebut saya mendapat maklumat bagaimana untuk menjana pandapatan tambahan dengan hanya merujuk pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan peribadi atau pembiayaan perumahan kepada bank tersebut dan perujuk akan menerima imbuhan pada setiap bulan pelanggan tersebut membuat bayaran bulanan.

Ia nampak begitu mudah dan menguntungkan. Lebih-lebih lagi ianya sah di sisi undang-undang dan mendapat kelulusan Bank Negara (walaupun untuk mendapat kelulusan memakan masa 6 bulan untuk diteliti oleh Bank Negara).

Walau bagaimanapun saya tidak berhajat untuk memberi komen yang lebih pada masa ini. Apa-apa pun saya akan mendapatkan maklumat yang tepat dan lebih banyak sebelum berkongsi dengan semua yang melayari laman web ini. Tunggu terbitan seterusnya daripada kami di RMsatu.com…

→ No CommentsTags: Berita

Pembiayaan Peribadi Untuk Kakitangan Awam dan Badan Berkanun (Tambahan)

February 22nd, 2008 · 4 Comments

Berita baik untuk kakitangan awam dan badan berkanun. Kami telah mendapat kerjasama dari bank untuk memberi pembiayaan peribadi sehingga 35x gaji untuk anda. Dengan pembiayaan sehingga 35x gaji ini (masih tertakluk kepada 60% potongan) peluang untuk anda menstruktur semula potongan di slip gaji anda lebih mudah. Selain itu peluang untuk ‘overlap’ lebih tinggi dan kemungkinan untuk mendapat tunai yang lebih menjadi lebih besar.

Tanpa penjamin sehingga RM 100,000.00, kelulusan mudah (juga bagi kakitangan kerajaan atau badan berkanun yang disenarai hitam) dan tunai boleh dimasukkan ke mana2 akaun simpanan pilihan anda (tanpa perlu menukar akaun gaji).

Hubungi kami (En. Rezzal di talian 019-7478762) jika anda memerlukan pandangan dan kami bersedia untuk membuat kiraan untuk anda. Konsultasi tanpa caj untuk keberkatan bersama.

Wassalam.

→ 4 CommentsTags: Pinjaman Peribadi · Pinjaman

Pembiayaan Peribadi Untuk Kakitangan Swasta (Perubahan)

February 22nd, 2008 · No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelawat laman RMsatu.com

Di sini ingin saya memaklumkan perubahan baru dalam permohonan pembiayaan peribadi untuk kakitangan swasta (5x gaji kasar) yang kami terima dari pihak bank.

Syarat kelayakan:

a) Gaji pokok minimum RM 1,500.00

b) Gaji mestilah dikreditkan ke mana2 akaun bank

c) Nama bersih dari senarai hitam (blacklist) dan rekod bayaran pinjaman sedia ada tidak tertunggak selama 3 bulan (untuk bayaran setahun terdahulu)

Dokumen diperlukan :

1 ) Salinan IC depan dan belakang

2) Salinan 3 bulan slip gaji terkini yang disahkan majikan

3) Penyata bank yang menunjukkan 3 bulan gaji tersebut dikreditkan (dengan pengesahan pihak bank - ditandatangani dengan  cop bank dan pegawai yang mengesahkan)

Selain itu pemohon boleh memohon pembiayaan peribadi dengan hanya menggunakan salinan IC dan kad kredit/kad caj (pembiayaan mengikut had tertinggi kad kredit atau maksima RM20k) dengan syarat:

i) Kad kredit/ kad caj mestilah melebihi setahun

ii) Jumlah kad kredit/kad caj yang dimiliki tidak melebihi 3 kad

iii) Jumlah penggunaan kad (utilisation) tidak melebihi 75% drp jumlah had kad.

Bagi pemohon yang tidak menepati syarat2 di atas (kecuali syarat (c)) kami akan tetap membantu dan mencadangkan bank mana yang sesuai untuk dituju dan tidak merugikan anda.

Terima kasih.

→ No CommentsTags: Berita · Pinjaman Peribadi · Pinjaman

Pelaburan Unit Amanah..

December 23rd, 2007 · No Comments

Dalam saat2 akhir tahun 2007 dan di ambang melewati tahun 2008 ini terdengar2 ada yang mengatakan bahawa bermula Januari 2008, kerajaan akan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian simpanan dari akaun 1 untuk dilaburkan ke dalam Unit Amanah. Ini adalah berita yang benar2 menggembirakan hampir semua pencarum kerana ini bermakna kita semua berpeluang untuk menggandakan wang untuk kegunaan hari tua kelak. Jika hanya diharapkan pada dividen tahunan yang diberikan oleh KWSP sendiri manakan cukup untuk diguna pada 20-30 tahun akan datang.

Mengapa saya mengatakan demikian? Saya berfikiran begitu kerana mungkin pada hari ini RM100,000 sudah dianggap cukup banyak. Dengannya kita boleh memulakan perniagaan atau membina sebuah rumah dua tingkat atau digunakan untuk menampung pembiayaan persekolahan anak sehingga ke peringkat ‘Master’ dan juga cukup untuk membeli sebuah kereta yang boleh dianggap mewah. Tetapi itu hari ini. Bagaimanakah dengan hari esok? Di manakah tahap keadaan inflasi di negara kita 20 atau 30 tahun akan datang? Jika inflasi berada di tahap tinggi cukupkah RM100k dari EPF kita untuk digunakan pada hari itu? Ataupun dengan wang yang sebegitu banyak pada pandangan kita pada hari ini hanya mampu untuk kita gunakan bagi membeli sebuah rumah flat kos rendah 2 bilik pada masa akan datang?

Di sinilah ‘point’ saya yang mengatakan bahawa melaburkan wang simpanan dari akaun 1 KWSP kita adalah sesuatu yang perlu. Ia bukan sahaja dapat memberikan pulangan yang berganda malah dapat mewujudkan masyarakat yang ‘celik ekonomi’ yang tidak hanya bertepuk tangan tatkala dividen KWSP diumumkan tetapi lebih dari itu menjadikan masyarakat peka pada pertumbuhan ekonomi di sekeliling kita.

Cukup setakat ini. Insyaallah saya akan berkongsi maklumat pada masa akan datang dan diharapkan saya memperoleh data dan angka yang konkrit untuk kita buat perbandingan antara dividen KWSP yang diberikan sehingga 5 tahun terdahulu dengan apa yang boleh kita perolehi daripada pelaburan ke dalam Unit Amanah.

Sekian.

→ No CommentsTags: Unit Trust · Amanah Saham · Pelaburan · Berita

~Selamat Hari Raya~

October 15th, 2007 · No Comments

Sempena Syawal yang mulia ini, kami di RMsatu.com ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan di ruangan kami atau jika ada sebarang penulisan kami yang tidak disenangi di hati para pengunjung. Semoga bulan yang mulia ini membawa seribu kebaikan kepada kita semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

→ No CommentsTags: Berita

Terima Kasih kerana Mempercayai RMsatu.com

September 28th, 2007 · No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pengunjung setia lamanRMsatu.com. Kami meminta maaf banyak2 kerana lama tidak menghantar post2 baru. Bukan maksud kami ingin menyepi diri tetapi kami dalam usaha untuk meluaskan bidang pengetahuan, maklumat serta khidmat nasihat dan servis kami dalam pelbagai aspek kewangan. Sungguh pun demikian kami tetap meluangkan masa untuk membalas pertanyaan para pengunjung RMsatu.com sama ada melalui email, sms atau yang terus menelefon kepada kami. Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada semua kerana tetap memberi sokongan kepada kami.

Bagi yang telah membuat permohonan sama ada pinjaman peribadi bagi kakitangan swasta dan kerajaan juga untuk yang membuat pinjaman semula kenderaan, kami ucapkan terima kasih kerana mempercayai kami dan bagi mereka yang telah berjaya kami turut bersyukur kerana matlamat kami untuk bantu-membantu sesama kita tercapai jua. Bagi yang tidak berjaya kami memohon maaf kerana kami telah usahakan mana yang termampu. Bukan bidang kuasa kami untuk meluluskan sesuatu pinjaman yang encik/cik pohon. Semuanya bergantung kepada budi bicara bank yang memberi kemudahan tersebut.

Di sini suka kami nyatakan bahawa berkat sokongan semua dan usaha berterusan kami dalam meluaskan aspek servis yang ditawarkan kini kami diberi kepercayaan untuk menawarkan lebih peluang kepada pengunjung RMsatu.com. Selain membantu dalam permohonan pinjaman peribadi dan pinjaman semula kenderaan, kami kini boleh membantu semua dalam memohon kad kedit, pinjaman MARA untuk perniagaanan termasuk membuat kertas kerja perancangan perniagaan, pembelian laptop dan komputer secara ansuran, pinjaman rumah/pinjaman semula rumah, penulisan wasiat, permohonan biasiswa Baitulmal dan lain-lain. Insya Allah kami akan memberi maklumat terperinci untuk setiap satu urusan tersebut sebaik sahaja kami memperolehi maklumat lengkap.

Terima kasih sekali lagi kerana setia bersama RMsatu.com dan untuk semua yang beragama Islam,  selamat menjalani ibadah puasa..Semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini..Wassalam.

→ No CommentsTags: Berita

PEMBIAYAAN PERIBADI (Swasta dan Pemilik Perniagaan)

August 19th, 2007 · 93 Comments

Untuk Kakitangan Swasta dan Pemilik Perniagaan

Kelebihan Pinjaman Peribadi Ini :

  • Tempoh pembayaran ansuran LEBIH LAMA sehingga 5 Tahun.

  • Pembiayaan Maksimum Sehingga RM150,000.00

  • Tanpa Penjamin.

  • Dokumentasi MINIMUM.

  • TIADA PENALTI untuk bayaran lewat atau penjelasan awal.

  • Jadual ansuran dan kadar keuntungan tetap RENDAH.

  • TIADA bayaran tambahan.

  • Pra Lulus KAD CAJ VISA.

  • Mematuhi prinsip SYARIAH antarabangsa.

 Syarat Kelayakan : 

  1. Terbuka kepada SEMUA individu berusia 21 tahun dan ke atas
  2. Pendapatan kasar minimum RM 1,500 sebulan
  3. Gaji dikreditkan ke akaun bank
  4. Kakitangan swasta layak memohon
  5.  Juga terbuka kepada pemilik tunggal, pemilik perkongsian, pengarah syarikat sendirian berhad dan berhad. 

Dokumentasi yang Diperlukan : 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis
  2. Salinan 3 bulan slip gaji terbaru yang disahkan majikan
  3. Salinan buku simpanan / penyata bank di mana gaji dikreditkan yang disahkan oleh pihak bank,  atau
  4.  Daftar niaga dan 6 bulan penyata bank yang disahkan

Atau Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau KP Tentera atau KP Polis dan Salinan Kad Kredit sahaja.

→ 93 CommentsTags: Pinjaman

Berita Baik Untuk Kakitangan Swasta.

August 10th, 2007 · 28 Comments

Kami telah berjaya dalam perbincangan dengan pihak bank. Pihak bank tersebut bersedia untuk bekerjasama dengan kami di RMsatu.com untuk memberi bantuan pinjaman peribadi kepada pengunjung laman RMsatu.com ini yang bekerja di syarikat swasta. Walau bagaimanapun, buat masa ini pinjaman peribadi untuk kakitangan swasta hanyalah untuk mereka yang tidak menghadapi masalah ‘blacklist’ dan bukan untuk mereka yang mempunyai laporan CCRIS yang bermasalah.

Maklumat lanjut akan kami beritahu melalui post kami yang akan datang berserta dengan syarat dan kelayakannya sebaik sahaja kami memperolehinya kelak.

Bersama kita berkongsi maklumat dan bersatu dalam bantu-membantu..

→ 28 CommentsTags: Pinjaman

CCRIS..

August 7th, 2007 · 48 Comments

Menyambung topik tentang sistem-sistem yang disemak oleh pihak bank dalam meluluskan satu-satu pinjaman….Selain CTOS yang telah diterangkan sebelum ini. Yang memberikan maklumat terperinci tentang maklumat seseorang pelanggan ialah CCRIS.

Apa itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference Information System iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah boleh tahu status diri anda.

Laporan Kredit Terperinci adalah bahagian yang terpenting yang memberi gambaran terperinci dan menyeluruh tentang setiap satu pinjaman yang yang diperolehi oleh pelanggan sama ada untuk dirinya sendiri, secara bersama bagi akaun bersama, sebagai pemilik  bagi perniagaan tunggal dan sebagai rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian atau badan profesional berserta corak pembayaran untuk satu-satu pinjaman tersebut selama 12 bulan sebelumnya. Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai pinjaman kenderaan, di sini ditunjukkan pada bulan berapa bayaran kenderaan ada tertunggak dan berapa bulan tunggakan tersebut untuk tempoh 12 bulan yang lalu. Bukan sahaja untuk pinjaman kenderaan sahaja, juga ditunjukkan di sini ialah pinjaman berjangka yang lain seperti rumah, kad kredit, overdraf, pinjaman peribadi, belian barang elektrik atau perabot secara ansuran, pemajakan, resit amanah, belian cek luar, pemfaktoran, belian bil-bil domestik dan lain-lain. Selain menunjukkan jenis pinjaman dan corak bayaran, butiran lain seperti tarikh pinjaman, status, kapasiti, jenis institusi yang memberi pinjaman, jumlah belum jelas, tarikh baki dikemaskini, tempoh pembayaran balik prinsipal, jenis cagaran, status undang-undang dan tarikh status dikemaskini turut dipaparkan di halaman ini. Apa maksudnya? Sekiranya 10 bulan lalu kereta anda tertunggak 3 bulan, walaupun sekarang ini anda telah ‘update’ dan tiada tunggakan, pihak bank tetap akan tahu perkara tersebut. Oleh itu tidak ada gunanya untuk berselindung. 

Laporan Kredit Tambahan adalah merupakan bahagian terakhir dalam laporan CCRIS. Walaupun yang terakhir ia tidak kurang penting terutamanya kepada pihak pemberi pinjaman kerana di sinilah dinyatakan alamat-alamat yang pernah diduduki oleh pelanggan sama ada alamat rumah atau syarikat, nombor-nombor telefon tidak kira telefon rumah, pejabat ataupun telefon bimbit yang pernah atau masih digunakan oleh pelanggan dan juga maklumat pekerjaan pelanggan meliputi jawatan dan nama syarikat tempat pelanggan bekerja dulu dan kini. Jadi, jangan terkejut sekiranya pegawai bank boleh menyatakan dengan tepat sejarah tempat tinggal, nombor telefon dan perkerjaan anda ketika anda membuat pinjaman dengan pihak bank. Dan nasihat saya, jangan cuba memberi maklumat palsu kepada pihak bank dalam apa-apa permohonan pinjaman kerana maklumat diri anda di hujung jari mereka dengan adanya laporan CCRIS ini.

Begitu ramai pengunjung blog ini yang mengajukan pertanyaan kepada kami di RMsatu.com berkaitan CCRIS terutamanya yang menghadapi masalah laporan CCRIS yang tidak ‘cantik’. Apa yang boleh kami nyatakan di sini, laporan CCRIS hanya menunjukkan corak bayaran selama 12 bulan terdahulu. Sekiranya tunggakan bayaran berlaku lebih dari 12 bulan lalu, usah khuatir kerana ia tidak nampak di dalam laporan CCRIS ini selagi tiada tindakan undang-undang dikenakan. Selain itu, bagi pinjaman yang telah diselesaikan sepenuhnya baki pinjaman, laporan berkenaan pinjaman tersebut akan diluputkan sepenuhnya dari laporan CCRIS dalam masa paling lama pun sebulan sahaja. Jadi, walaupun pernah bayaran kurang memuaskan pada satu-satu masa lalu sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan sepenuhnya maka sejarah tersebut tidak kelihatan lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan laporan CCRIS silalah ajukan kepada kami di RMsatu.com. Untuk lebih mudah klik sahaja pada ‘Comment’ di bawah ini..

 Sekian..

→ 48 CommentsTags: Pinjaman

Senarai Kereta Tempatan yang Layak untuk Mohon Pinjaman Bank

August 3rd, 2007 · 2 Comments

Berikut adalah senarai penuh kereta tempatan yang pada kebiasaannya diluluskan oleh bank.

 

Senarai Kereta Tempatan

Bil.

Buatan

Model

1.

Naza

Citra 2.0

Bestari 1.4

Suria 1.0

Sutera 1.1

Ria 2.5

2.

Perodua

Kancil EX 660 (M) – 4 Speed

Kancil EX 660 (M) – 5 Speed

Kancil GX 660 (M) – 4 Speed

Kancil GX 660 (M) – 5 Speed

Kancil ERA 660

Kancil EZ 660 (A)

Kancil 2 EX 850 (M)

Kancil 2 GX 850 (M)

Kancil 2 ERA 850

Kancil 2 EZ 850 (A)

Rusa 1.3 GX (Window Van)

Rusa 1.3 EX (Window Van)

Rusa 1.6 GX (Window Van)

Rusa 1.6 EX (Window Van)

Kembara 1.3 EX

Kembara 1.3 GX

Kembara 1.3 EZ

Kembara 1.3 EZ Special Edition

Kembara DVVT (A)

Kembara DVVT (M)

Kenari 1.0 GX

Kenari 1.0 EX

Kenari 1.0 EZ

Kenari Aerosport (M)

Kenari Aerosport (A)

Kelisa 1.0 GX (M)

Kelisa 1.0 EZ (A)

Kelisa 1.0 GXL (M)

Kelisa 1.0 EZL (A)

Kelisa 850 EZL

MyVi 1.0 (M) SR

MyVi 1.0 (A) SR

MyVi 1.3 (M) SXI

MyVi 1.3 (M) (P) SXI

MyVi 1.3 (A) EZ

MyVi 1.3 (A) (P) EZ

3.

.

Proton

Arena 1.5

Juara

Savvy

Iswara 1.3 (Full Spec)

Iswara 1.3 Aeroback (Full Spec)

Iswara 1.5S (M)

Iswara 1.5I (A)

Iswara 1.5S Aeroback (M)

Iswara 1.5I Aeroback (A)

Wira 1.3 GL Sedan

Wira 1.3 Aeroback

Wira 1.5 (M)

Wira 1.5 (A)

Wira 1.5 (M) Aeroback

Wira 1.5 (A) Aeroback

Wira 1.6 XLI (A) Sedan

Wira 1.6 XLI (M) Sedan

Wira 1.6 XLI (A) Aeroback

Wira 1.6 XLI (M) Aeroback

Wira 1.8 EXI (A) Sedan

Wira 1.8 DOHC (M) Sedan

Wira 1.8 EXI (A) Aeroback

Wira 1.8 EXI (M) Aeroback

Wira 2.0 (Diesel)

Satria 1.0 GL (M)

Satria 1.5 (M)

Satria 1.5 (M) UK Spec

Satria 1.5 (A)

Satria 1.6 (M)

Satria 1.6 (A)

Satria 1.8 GTI

Satria Neo 1.3 (M)

Satria Neo 1.3 (A)

Satria Neo 1.6 (M)

Satria Neo 1.6 (A)

Putra 1.8 DOHC (M)

Putra 1.8 (A)

Waja 1.6 (Premium Model)

Waja 1.6 (M)

Waja 1.6 (A)

Waja 1.8 (A)

Gen 2 1.6 (M)

Gen 2 1.6 (A)

Gen 2 1.3 (A)

Perdana 2.0 GLI (M)

Perdana 2.0 GLI (A)

Perdana 2.0 SEI (A)

Perdana V6

Perdana V6 New facelift

Perdana V6 Executive

Jangan lupa lawati RMSatu.com jika anda ingin tahu senarai kereta import pula! Tunggu posting dari kami dalam posting akan datang.

 Nota kaki: Perodua Viva belum dari disenaraikan kerana ini adalah senarai lama. Kami akan kemaskini dan memastikan semua model adalah yang terkini.

 

→ 2 CommentsTags: Car Loan · Pinjaman Kenderaan · Pinjaman